Sofizah ungguli pertandingan tilawah antarabangsa, 15 fakta mengenainya

Iklan
1

SOFIZAH Mousin, 33, adalah guru mata pelajaran Geografi. Namanya menjadi sebutan ramai selepas diumum johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 baru-baru ini.

Wanita kelahiran Kundasang, Ranau, Sabah itu menjadi sebutan hingga trending di laman sosial selepas meraih 89.66 peratus dalam pertandingan itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

Iklan
Iklan

Bukan calang-calang Sofizah mengungguli pertandingan di peringkat antarabangsa ini. Setiap peserta akan dinilai dari segi tarannum, suara, tajwid dan fasohah.

Baca juga: Media sosial medan dakwah Farhatul Fairuzah

Iklan

Baca juga: Tingkat fungsi otak dengan hafal al-Quran, Dr Hamid kongsi tip

[caption id="attachment_95976" width="800"] Sofizah dikurniakan hadiah wang tunai dan piala daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.[/caption]

Iklan

Siapa wanita hebat ini dan bagaimana minatnya digilap pada peringkat awal? Berikut 10 fakta mengenai Sofizah:

1-Sofizah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah merupakan yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik ini mengakui tiada seorang ahli keluarganya pernah menyertai tilawah.

2-"Ya memang saya seorang saja begini, saya tidak terpengaruh dengan siapa-siapa. Semuanya datang sendiri,” kata Sofizah.

3-Kecintaan wanita ini terhadap al-Quran berputik sejak berusia 13 tahun lagi. Waktu itu beliau teruja ketika al-Quran dibaca dengan lenggok seolah-olah menyanyi. Sangat merdu dan menenangkan, ketika mula berjinak dalam dunia taranum al-Quran, niatnya bukan hendak masuk pertandingan, ia dilakukan Sofizah semata-mata untuk belajar.

Baca juga: [VIDEO] 'Subhanallah merdunya'- Warganet terbuai Zizi Kirana taranum surah al-Kauthar

[caption id="attachment_95975" width="800"] Sofizah Mousin bergambar dengan Johan Qari dari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed.[/caption]

4-Atas nasihat guru dan dorongan ahli keluarga, beliau menyertai tilawah al-Quran ketika berusia 15 tahun. Siapa sangka, pelajar SMK Agama Inanam Sabah itu mara ke peringkat kebangsaan.

5-Biarpun tidak dapat meraih gelaran juara Sofizah terus gigih mempelajari dan memperbaiki bacaan . Wang kemenangan digunakan untuk membeli kaset al-Quran.

7-Minat Sofizah tidak terhenti ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah dan pernah muncul juara tilawah antara universiti peringkat Asia Tenggara.

8-Pada tahun 2021, Sofizah terdahulu muncul johan untuk kategori Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Selangor.

9-Sofizah sebelum ini pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2022.

10-Ibu kepada dua cahaya mata itu mewakili Selangor dan menjadi johan dalam kategori qariah pada Majlis Tilawah Kebangsaan Jun lalu.

11-Kemantapan suara dan bacaan yang sempurna. Sofizah pernah mendedahkan membuat latihan di dalam kereta ketika berulang alik dari sekolah. "Biasanya saya buat latihan dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari," katanya ketika memenangi juara qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

12-Sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga terutama suami, Ahmad Asrol Saidi, 35, menjadi sumber kekuatan wanita kecil molek itu.

Baca juga: Tarannum Challenge lima beradik⁣

Baca juga: Ganjaran besar dan berpanjangan di dunia juga di akhirat dengan berwakaf al-Quran. Berikut fadilat-fadilat lain

[caption id="attachment_95977" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

14-"Al-Quran satu-satunya panduan yang paling lengkap ialah al-Quran. Jika kita merasakan jauh, kembalilah kepada al-Quran dan sunnah. Dengan al-Quran insya-ALLAH hati kita akan tenang. Apa sahaja kita buat akan terlaksana, akan dimakbulkan," katanya.

15-Dalam pada itu, Sofizah turut berkata kecintaan kepada al-Quran memberikan manfaat kepada siapa sahaja yang mengamalkannya."Al-Quran itu sendiri akan memberi cahaya dan ketenangan apabila hendak membacanya. Jadi dekatkan diri dengan al-Quran, insya-ALLAH ALLAH akan membantu kita di di dunia, malah di akhirat," kongsinya.

Semoga kejayaan Sofizah menjadi sumber inspirasi wanita lain agar meningkatkan kecintaan kepada kitab suci itu.

Qariah dari Malaysia kerap kali mengungguli pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Antaranya ialah Rogayah Sulong, Faridah Mat Saman, Sepiah Mohamad, Sapinah Mamat, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Baca juga: Tunai haji pada usia 7 tahun, Ustazah Sharifah Khasif kongsi pengalaman

Sumber: Selangorkini , Sinar Harian, Zayan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi