‘Lelaki boleh rawat wanita tetapi bersyarat.’ - Doktor lelaki sambut kelahiran dibolehkan jika terdapat keperluan dan mendesak

Iklan
1

DOKTOR lelaki boleh merawat wanita tetapi bersyarat. Akhir-akhir ini timbul isu berkaitan doktor lelaki menyambut kelahiran bagi wanita Muslim.

Perkara ini sudah lama diperkatakan namun dan menimbulkan dilema dalam kalangan wanita kerana pelbagai kekangan termasuk aurat.

Iklan
Iklan

Banyak pihak enggan kelahiran bayi disambut doktor lelaki dan sanggup menunggu doktor wanita  hingga menimbulkan kemudaratan kepada bayi. Malah ada yang mengaitkan ia dengan isu suami dayus.

Baca juga: Dr Amalina nasihat ibu lepas bersalin berjalan perlahan, elak penyakit deep venous thrombosis, pulmonary embolism

Iklan

Perkongsian soal jawab pembaca menerusi Pejabat Mufti Wilayah ini diharapkan dapat merungkai persoalan tersebut.

SOALAN

Iklan

Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?

JAWAPAN

Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh syarak.

[caption id="attachment_97224" width="572"] Kredit foto: Pexels[/caption]

Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS

Justeru harus hukumnya bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat berikut:

1-Jika wujud perawat yang Muslim, maka tidak boleh digantikan.

2-Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).

3-Ketiadaan perawat wanita atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.

4-Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِمْ

Maksudnya:"Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir:"Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” (Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:

قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي - رحمه الله - : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة

Maksudnya:"Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:

"Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua.

Baca juga: 45 tahun menabur bakti, persaraan Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat undang kesedihan warga maya

[caption id="attachment_97226" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

JIKA DARURAT, HARUS, TIDAK BERDOSA - USTAZ AZHAR

Manakala Ustaz Azhar Idrus menerusi laman sosial YouTube rasmi berkongsi perkara yang sama. Hukum lahirkan anak dengan doktor lelaki sedangkan terdapat doktor perempuan.

"Jika ada doktor lelaki dan doktor perempuan, wajib beranak dengan perempuan. Jika pilih yang doktor lelaki jatuh hukum haram. Hal ini kerana orang lelaki tidak payah kata aurat perempuan, aurat sesama lelaki pun haram tengok. Nampak.

Diharapkan perkongsian ini membantu merungkai persoalan kaum wanita berkaitan isu bersalin dengan doktor lelaki.

BIDANG KEPAKARAN SAKIT PUAN

Public Health Malaysia berkongsi info bidang kepakaran sakit puan (obstetric and gynecology) merupakan salah satu bidang kepakaran yang sangat mencabar dan menuntut kecemerlangan dalam akademik, kekuatan dari segi fizikal serta mental.

"Ia menuntut kerja keras dan tugas yang kritikal sepanjang masa. Jika anda mahukan lebih ramai wanita dalam kerjaya mencabar ini, didiklah anak anak supaya mereka menjadi generasi cemerlang yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai pakar sakit puan," katanya.

Untuk menjadi seorang pakar sakit puan, seorang pegawai perubatan mengambil masa selama 15 tahun melalui pelbagai peringkat latihan. Ia juga bidang yang mencabar kerana berhadapan situasi melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan bayi. 40 peratus hingga 75 peratus pakar sakit puan berhadapan burn out kerana tuntutan kerja.

Baca juga: Balik bertugas, doktor wanita, jururawat terlibat insiden helikopter terhempas, berikut kronologi kejadian

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah, YouTube Ustaz Azhar Idrus, FB Public Health Malaysia

Kredit foto utama: Pexels (Pixabay)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi