BERTUGAS sebagai doktor perubatan sudah pasti melalui pelbagai pengalaman dan memori setiap hari.

Berhadapan dengan pelbagai kemungkinan sudah sebati dalam diri seorang doktor kerana pekerjaan mereka melibatkan nyawa manusia.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok apabila seorang doktor membuat perkongsian tentang pengalaman yang menyayat hati ketika bertugas di unit pediatrik.

Doktor yang dikenali Shazwanie Azeera menceritakan detik dia berhadapan dengan seorang ibu yang kehilangan bayi setelah selepas satu jam melahirkan.

Jelas Dr Shazwanie, hasil pemeriksaan mendapati bayi tersebut telah terkena jangkitan kuman Group B Streptococcus (Strep) atau lebih dikenali dengan singkatan GBS.

Ramai yang tertarik dengan video yang dikongsi doktor kerana mungkin penyakit tersebut agak tidak familiar.

Ia secara langsung memberi sedikit didikan dan kesedaran kepada orang ramai.

Menurut Dr Shazwanie, setiap manusia lelaki dan wanita semuanya mempunyai kuman GBS namun ia tidak merisikokan orang dewasa jika kadar jangkitannya terkawal.

Pun begitu, jika bayi yang masih kecil sama ada sebelum atau selepas dilahirkan dijangkiti kuman tersebut, bayi mempunyai risiko untuk maut.

Dr Shazwanie turut menceritakan tentang seorang ibu muda di mana bayi yang baru sahaja sejam dilahirkan secara normal mengalami kesukaran bernafas ketika sedang menyusu badan.

Baca juga Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Ujarnya, bayi tersebut dijangkiti kuman GBS dan berkemungkinan si ibu tidak mengetahui bahawa dirinya pembawa bakteria berkenaan.

Menjengah ruangan komen, ada wanita yang berkongsi pengalaman yang sama selain ia membuka mata ramai tentang bahaya jangkitan kuman terbabit.

Sementara itu, menurut portal Hello Doktor ini info berkaitan GBS;

1. GBS adalah bakteria biasa yang berada dalam usus atau saluran kemaluan dan ia tidak mendatangkan bahaya kepada individu dewasa.

Iklan

2. Namun, malangnya, bagi bayi yang baru lagi, GBS boleh menyebabkan penyakit serius yang dikenali sebagai penyakit GBS.

3. Bakteria GBS hidup dalam usus dan saluran kemaluan, termasuk faraj. Lebih kurang 1 daripada 4 individu wanita hamil akan mempunyai bakteria ini. Ia adalah normal untuk mempunyai bakteria ini di dalam badan.

bayi

Baca juga Pemeriksaan akhir bertukar momen tak terjangka buat Anzalna

4. Bakteria ini tidak disebarkan secara seksual, dan tidak merebak melalui makanan ataupun air. Bakteria ini mungkin berada dalam badan seseorang untuk tempoh masa yang singkat, ia mungkin datang dan pergi atau anda mungkin akan sentiasa mempunyai bakteria ini.

Iklan

5. Kebiasaannya, anda tidak akan mengetahui mempunyai GBS kerana bakteria ini tidak mendatangkan sebarang simptom atau kesakitan. Dalam sesetengah kes, bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan pada saluran kencing dan pundi kencing.

6. Jangkitan bakteria ini boleh berada pada bayi semasa proses kelahiran jika bayi terdedah kepadanya atau mungkin tertelan cecair yang mengandungi GBS. Bayi yang mendapat jangkitan ini boleh mengalami beberapa komplikasi seperti jangkitan paru-paru, meningitis, atau jangkitan darah yang dipanggil sepsis.

7. Sememangnya GBS tidak mendatangkan bahaya kepada individu dewasa tetapi bagi sesetengah individu yang lebih berusia dan mempunyai masalah kesihatan yang kronik, ia mungkin mengakibatkan jangkitan yang lebih serius berpunca dari GBS.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI