ATLET paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly selamat bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana Musaidi.
Majlis akad nikah yang berwalikan bapa Nurul Nabila sendiri dikongsikan Latif menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Dengan hanya sekali lafaz, Latif sah menjadi suami kepada Nurul Nabila dengan mas kahwin sebanyak RM1,312.
Baca juga: Tahniah! Atlet paralimpik Latif Romly terima gelaran Datuk
[caption id="attachment_100751" width="800"] Kredit foto: Instagram sethandluna_malaya[/caption]
Latif dan Nurul Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Baca juga: 'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang
Nurul Nabila yang merupakan seorang guru menyokong kuat karier Latif.
Rakan atlet dan warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina berkekalan.
-"Tahniah Latif! Selamat pengantin baru.”
-"Selamat pengantin baru Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nurul Nabilah. Semoga hingga ke jannah, aamiin.”
-"Tahniah Datuk, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.”
-"Tahniah Latif dan isteri.”
Seminggu lalu, Latif dilihat memuat naik video yang memaparkan gambar pra perkahwinan mereka.
Latif merupakan penyumbang pingat emas buat negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dalam acara lompat jauh T20.
Baca juga: 'Sportmanship world class.' Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly
Kredit foto: Instagram Seth & Luna
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.