Ummi Nazeera sertai Muafakat Nasional, suami rungkai kekeliruan, akan halang jika tidak neutral

Iklan
2

PELAKON Ummi Nazeera tular menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional.

Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin viral di portal media tempatan menjadi salah seorang Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu.

Iklan
Iklan

Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tampil menjelaskan tentang isu terbabit dan menekankan NGO yang disertai isterinya tiada kaitan dengan parti politik.

Iklan

Baca juga: Ummi Nazeera kongsi wajah dan nama anak kedua, inspirasi nama isteri Rasulullah SAW

"Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.

Iklan

"Setelah saya amati, pertubuhan Muafakat Nasional ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Baca juga: Mudarat kulit, mata, pernafasan. Risiko tinggi guna spray gun cara salah - Dr Izzar

Jelas Dr Mohd Izzar, Ummi Nazeera akan mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral serta tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.

"Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” kongsinya.

Baca juga: ‘Kesianlah dekat frontliners, diaorang pun ada family…’

Menerusi tinjauan SinarPlus, Muafakat Nasional didaftarkan oleh pengasasnya, Datuk Shahrul Nizam Yunos pada 19 September 2019 manakala Datuk Seri Annuar Musa merupakan presiden.

Terkini, NGO berkenaan telah menerima pendaftaran lebih 20,000 orang dari seluruh negara.

Baca juga: Jaga adab ziarah, elak membandingkan anak masing-masing

Sumber: Instagram izzar dan umminazeera, Facebook Muafakat Nasional

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.