Ummi Nazeera kongsi wajah dan nama anak kedua, inspirasi nama isteri Rasulullah SAW
PELAKON berbakat besar, Ummi Nazeera menunaikan janji apabila berkongsi nama dan wajah puteri keduanya selepas tujuh hari kelahiran.
Menurut Ummi, dia dan suami, Dr. Izzar Anwari sepakat untuk menamakan anak kedua mereka sebagai Aysha Arsylia.
“Aysha diambil sempena nama isteri baginda Rasulullah SAW. Arsylia pula bermaksud kehidupan yang tenteram, bahagia dan sempurna.
“Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa dan keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara,” kongsi Ummi menerusi akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Ummi pada Sabtu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya.
Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN : Demam Semasa Bersalin, Ummi Nazeera Syukur Selamat Melahirkan Anak Kedua
Ummi dan suami, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.
BACA JUGA ‘Berbuat Baik Lah Pada Ibu, Ibu Dan Ibu…’– Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kedua
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang