Daripada tanah kosong, usahawan ini bangunkan hotel kecil. Nilai tempahan bilik dah cecah RM2 juta

Iklan
hotel kecil

IDEA kreatif seorang pemuda yang berjaya mentransisikan tanah kosong menjadi perkampungan 'hotel' kecil di Live Oak Lake, Texas, Amerika Syarikat membuatkan netizen terpukau.

Berdasarkan rekod, nilai tempahan bilik untuk tahun ini sahaja sudah mencecah lebih RM2 juta.

Iklan
Iklan

Lapor Business Insider, pengasasnya, Isaac French yang berusia 25 tahun telah menawarkan tujuh rumah berkonsepkan Scandinavia moden yang baru dibuka awal tahun ini.

Beliau yang sangat meminati bidang reka bentuk cuba menterjemahkan sebuah rumah kecil serba mewah di tepi tasik.

Iklan

"Setiap kos untuk membina kediaman tersebut sangat mahal kerana kekemasan mewah dan berkualiti.

Iklan

"Semua desain diambil daripada inspirasi arca semula jadi yang diperkenalkan firma seni bina terkenal di Seattle, Olson Kundig," katanya.

Harga untuk setiap untuk setiap unit dianggarkan RM1,326 semalam dan boleh melonjak hingga RM2,211 pada hujung minggu.

Kata French, harga rumah kecil tersebut boleh mencecah hingga RM5,307 untuk satu malam ketika musim perayaan atau waktu puncak.

Menarik mengenai Live Oak Lake, kediaman dua tingkat itu nampak luas dengan tingkap kaca gergasi yang dibina dari lantai ke siling.

Lengkap dengan dua bilik tidur, satu bilik mandi, dapur terbuka, ruang tamu, mesin basuh dan pengering, ia juga mempunyai pintu masuk peribadi serta tempat letak kereta.

Setiap kabin memiliki tab mandi panas, buaian, dok kecil, meja berkelah dan kemudahan kayak.

PELABURAN

Menurut French, pengalaman bekerja di syarikat pembinaan ayahnya mendorong beliau mencetuskan pelbagai ilham menarik untuk mewujudkan aset tersendiri.

"Saya membeli tanah seluas 2 hektar di Live Oak Lake dengan duit simpanan berjumlah RM610,346 selepas melihat potensi aset tersebut.

"Kemudian, saya mereka bentuk rumah kecil berukuran antara 51 dan 60 meter persegi dengan gaya seni binaan premium lengkap dengan kemudahan asas," katanya.

Baca juga Mewah, unik dan cantik. Arkitek ini dedah 10 ilustrasi reka bentuk rumah Ayu Ting Ting bikin ramai teruja!

Projek di Live Oak Lake itu juga mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk disiapkan sepenuhnya termasuk proses membina fasiliti jalan raya, utiliti dan tasik buatan.

Pada awalnya, kos pembinaan dianggarkan bernilai RM7.08 juta. Bagaimanapun, telah meningkat menjadi RM11.06 juta.

Semua itu disebabkan peningkatan harga kayu yang melambung tinggi, kekurangan buruh dan keperluan tambahan seperti tab mandi panas serta tasik buatan.

Baca juga 5 Port hotel kapsul dan ‘kolong gergasi’ wajib terjah…

Pun demikian, perkongsian rakan kongsi minoriti yang terdiri daripada bapa, dua abang dan bapa mertuanya membolehkan kontraktor tersebut mendapatkan pinjaman hingga 80 peratus daripada kos keseluruhan.

Bayangkan, selepas empat bulan hotel gah berkenaan dibuka secara rasmi, nilai hartanah terus melonjak kepada RM13.71 juta sehingga French dapat melangsaikan semua hutang.

Barangkali tuah atau lebih kepada perancangan hebatnya sehingga nilai komersial tanah tersebut melambung tinggi.

Konsep rumah kecil untuk dijadikan sebagai destinasi percutian nampaknya sudah menjadi trend bukan sahaja di luar negara, bahkan di Malaysia.

Sudah ramai pengusaha tempatan memperkenalkan desain lebih kurang sama untuk menarik minat pelancong.

Berikut perincian:

1. Sea Kecil Tiny House

Alamat: Kampung Pantai, Besut, Terengganu

Facebook: SEA KECIL Tiny House

Instagram: @seakeciltinyhouse

2. Jeram Tiny House

Alamat: Plot 24, Jalan Simpang Tiga Jeram, Kuala Selangor, Selangor

Facebook: Jeram Tiny House

Instagram: @jeram.tinyhouse

3. Tiny Homestay Sungai Ramal

Alamat: Lot 1658, Jalan Dahlia, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Facebook: Tiny Homestay, Sg Ramal

Instagram: @tinyhomesgramal

4. Lahilir

Alamat: La Hilir Luxe Camp, Kampung Kuala Dioh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Facebook: La Hilir

Instagram: @lahilirtinyhouse

5. Kundasang Tiny House

Alamat: Kampung Mesilou, Ranau, Sabah

Facebook: Kundasang Tiny House

Instagram: @kundasang_tiny_house

Kepada yang sukakan keunikan, bolehlah anda mencari destinasi dengan konsep sebegitu untuk bercuti nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi