GARA-GARA tersilap mengupah pembunuh upahan untuk melakukan pembunuhan, seorang wanita menerima padah apabila didakwa di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.
Lapor Daily Mail UK, suspek yang dikenali sebagai Marilyn Zhou, 56, didakwa cuba membunuh isteri baharu bekas suaminya termasuk anak wanita tersebut yang berusia 13 tahun.
Marilyn yang berasal dari Pennsylvania dilaporkan mengupah seorang pembunuh tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya ialah seorang pegawai polis!
Berdasarkan plot cerita, suspek sebelum itu telah berkunjung ke Trenton, New Jersey untuk berbincang dengan ‘pembunuh upahan’ tersebut tanpa menyelidiki latar belakang lelaki berkenaan terlebih dulu.
Dalam pertemuan yang berlangsung pada 18 Disember 2022, Marilyn menyerahkan wang sebanyak AS$21,000 (RM92,505) kepada pembunuh upahan tersebut sebagai upah awal.
Bahkan, dia turut berjanji akan melunaskan baki bayaran sebanyak AS$20,000 (RM88,100) sebaik sahaja semua urusan selesai atau dengan kata mudahnya, kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.
Bagi memudahkan 'kerja' si pembunuh, Marilyn turut menyerahkan gambar mangsa dan anak perempuan wanita itu.
Bukan itu sahaja, demi mengelak mudah dikesan polis, dia juga siap memberi sarung tangan getah pakai buang dan tuala kepada si pelaku!
Baca ni Berang cintanya ditolak dan diejek sumbing, gadis 17 tahun dicampak ke dalam perigi
JUMPA BAHAN BUKTI
Pun demikian, niat jahat berkenaan telah 'dimatikan' begitu sahaja.
Marilyn ditahan usai tamat pertemuan bersama pegawai polis berkenaan yang menyamar sebagai pembunuh upahan itu.
Kediamannya yang terletak di Chadds Ford, Pennsylvania turut digeledah oleh pihak berkuasa tempatan.
Semasa siasatan dilakukan, polis menemui kira-kira RM88,116 dalam bentuk wang tunai dan barang-barang yang akan digunakan oleh bakal pembunuh.
Susulan penemuan berkenaan, polis membuka kes siasatan dan terus dimajukan kepada pejabat pendakwa raya daerah Mercer.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Marilyn didakwa dengan dua pertuduhan.
Pertama adalah cubaan membunuh tahap pertama dan kedua, pengubahan wang haram.
Suspek kini berada dalam tahanan pihak polis selepas pejabat pendakwa memfailkan usul supaya tertuduh kekal dalam tahanan sebelum perbicaraan kelak.
Baca juga Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.