Untunglah, pekerja syarikat ‘oil and gas’ Korea Selatan terima bonus 120 bulan gaji

Iklan
2

UNTUNG, bagaikan durian runtuh, syarikat ‘oil and gas’ (minyak dan gas) Korea Selatan tawarkan bonus sebanyak 120 bulan gaji jadi perhatian warga maya.

Bonus adalah bayaran tambahan selain sebagai pemberian atau ganjaran yang sering dianggap sebagai rangsangan untuk meningkatkan prestasi.

Iklan
Iklan

Tindakan syarikat minyak dan gas Korea Selatan, Hyundai Oilbank memberikan bonus sebanyak 120 bulan menjadi perhatian warganet.

Baca juga: Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

Iklan

[caption id="attachment_102945" width="800"] Juruhebah Yoon Young-mi duta Hyun Oh-hyun. (Kredit foto: FB oilbankpage)[/caption]

Syarikat terkemuka itu baru-baru ini mengumumkan akan menyerahkan 1,000 peratus daripada gaji pokok sebagai bonus kepada kakitangannya.

Iklan

Untungnya pekerja Hyundai Oilbank. Mereka terdahulu menerima purata 121 juta won (USD$94,800) setiap seorang termasuk bonus pada kadar 600 peratus pada 2021.

Bonus tersebut adalah sejajar dengan prestasi cemerlang. Pada suku ketiga sahaja, keuntungan operasi Hyundai Oilbank melonjak sebanyak 226 peratus kepada 2.8 trilion won manakala pada suku keempat keuntungan terkumpul tahun 2022 meningkat lebih banyak.

Baca juga: Kaki tidur? Ini peluang unik dapat ganjaran RM1,500 hanya dengan lelapkan mata

[caption id="attachment_102943" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

"Dinamik global adalah faktor utama yang menentukan keuntungan. Disebabkan kesan pencerobohan Rusia yang berpanjangan ke atas Ukraine dan permintaan meningkat untuk semasa musim sejuk, harga minyak global naik sekali gus melonjakkan harga runcit kami,” kata seorang pegawai industri yang enggan namanya disiarkan.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan rakan kongsinya negara pengeluar minyak yang diketuai oleh Arab Saudi serta Rusia mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak dua juta tong sehari membawa kepada kenaikan harga minyak global.

"Kami belum memutuskan bonus lagi, tetapi ia dijangka lebih kurang serupa dengan Hyundai OilBank," kata sumber dari syarikat penapis minyak lain.

Tahun lalu, SK Energy dan GS Caltex memberikan 1,000 peratus gaji pokok sebagai bayaran tambahan kepada pekerja manakala S-Oil memberi bonus pada kadar 1,400 peratus.

Baca juga: Sah cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai Januari 2023, 20 info perlu tahu

[caption id="attachment_102941" width="800"] Kredit foto: FOCUS Taiwan[/caption]

Terdahulu, syarikat kargo kontena terbesar Taiwan, Evergreen mengumumkan bonus akhir tahun sehingga 52 bulan gaji selepas mencatatkan peningkatan keuntungan bersih  sebanyak 90 peratus dalam sembilan bulan pertama 2022.

Baca juga: 16 tarikh cuti kelepasan am Selangor 2023, yang perlu bekerja ini kadar bayarannya

Sumber: Korea Herald

Foto utama: Pulse News Korea, Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.