BERGELAR jutawan pada usia semuda 11 tahun, kanak-kanak Australia, Pixie Curtis kini mengumumkan ingin bersara dan ingin menumpukan kepada pelajaran.
Mudanya beliau, kecil lagi sudah memiliki perniagaan. Pada usia belasan tahun Kart beroleh pendapatan sekitar $110,000 pound (RM591,146) sebulan.
News.com.au melaporkan Curtis mula membina empayar bernilai jutaan ringgit pendapatan lumayan ketika pandemik dengan memfokuskan kepada aksesori rambut, Pixie's Bows dan mainan jenama Pixie Fidgets.
Pada usia 11 tahun Curtis boleh berbangga dengan dua perniagaannya yang menjana pendapatan lumayan.
Baca juga: Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
Sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke-11 juga viral kerana disambut dengan mewah dan ia dilaporkan menelan belanja AUD$40,000 (lebih RM120,000).
Gadis kecil ini juga pernah menerima hadiah hari jadi berupa kereta mewah Mercedes Benz Gl bernilai AUD$270,000 (kira-kira RM813,800) biarpun masih belum boleh memandunya sendiri.
Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi
Selepas beberapa tahun bertungkus lumus, Curtis ingin mengundur diri dari perniagaan dan menumpukan kepada pelajaran.
"Beliau memutuskan untuk memperlahankan urusan perniagaan dalam taliannya untuk memberi tumpuan kepada pendidikan peringkat menengah.
"Sejak beberapa bulan lalu, kami telah berbincang tentang perancangan perniagaan sebagai sebuah keluarga. Walaupun ia (perniagaan Curtis) satu perjalanan yang menakjubkan sejak tiga tahun lalu, sudah tiba masanya untuk beliau fokus semula dengan sekolah menengah tidak lama lagi," kata ‘momager’ itu.
Baca juga: Remaja paling kaya AS miliki berpuluh kereta ‘sport’, sayangnya tak boleh pandu
Jacenko terdahulu pernah mendedahkan anak perempuannya itu mungkin bergelar jutawan dan bersara pada usia 15 tahun.
Bercakap kepada media pada tahun lalu, Jacenko meluahkan berbangga kerana anak perempuannya itu mencapai kejayaan itu pada usia yang sangat muda.
Jacenko menambah bahawa dia tidak mahu anak perempuannya berasa terpaksa untuk bekerja walaupun berjaya dan menegaskan bahawa kebahagiaan Pixie adalah yang paling utama.
Untunglah gadis ini pada awal remaja sudah miliki pendapatan jutaan ringgit! Hakikatnya anak kecil pun boleh berbisnes dengan pantauan ibu bapa.
Moga menjadi inspirasi buat menyuntik semangat keusahawanan kepada anak-anak agar terus berusaha mengejar impian pada usia yang masih muda.
Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
Sumber: New York Post, First Post, news.com.au
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi