Resipi apam pisang 6 bahan paling mudah, 'super' sedap, lembut dan gebu

Iklan
1

APAM pisang kuih yang mudah disediakan. Sajian orang dulu-dulu, ia boleh dinikmati bila-bila masa.

Apa jua sajian yang menggunakan pisang memang digemari kebanyakan daripada kita. Selain jemput-jemput atau cekodok, sesekali cuba buat apam pisang pula. Memang membuka selera.

Iklan
Iklan

Baca juga: Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian

[caption id="attachment_109631" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Iklan

Baca juga: Cara mudah buat stok pes ikan bakar sedap, nak masak lumur je

Resipi dikongsi Zaliha Salleh dan Norainon Misnor ini berbaloi dicuba. Mudah dan sedap!

Iklan

APAM PISANG

Bahan-bahan

11 biji pisang emas/ kapas

2 1/2 cawan tepung gandum*

1/2 sudu teh soda bikarbonat*

1 sudu teh baking powder*

1 sudu marjerin.

1/2 cawan gula pasir

Gula hangus (masak dan sejukkan)

2 sudu gula pasir

1/2 cawan air panas

Cara penyediaan

1.Ayakkan bahan yang bertanda *.

2.Lenyek pisang dengan gula dan marjerin sampai hancur.

3.Kemudian masukkan larutan gula hangus dan tepung yang sudah diayak. kacau sebati.

4.Masukkan adunan dalam loyang yang sudah dialas dan disapu minyak.

5.Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

6-Pastikan air dalam kukusan di panaskan terlebih dahulu hingga mengelegak.

Baca juga: 24,000 share, resipi Sambal Tempe Bilis Kacang stok sahur, ratah pun sedap

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi