DUA minggu lagi umat Islam bakat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kaum wanita khususnya ibu-ibu tentunya sudah memikirkan juadah yang ingin dihidangkan.

Kek Gula Hangus antara kek ‘orang lama’ yang digemari pelbagai lapisan usia. Rasanya yang lemak manis dan sedikit pahit daripada gula hangus serta tekstur yang sedikit kenyal menjadikan ia popular terutamanya pada hari raya.

Perkongsian resipi daripada Nina Mahdar ini boleh dijadikan panduan. Resipinya tidak perlu disukat dengan penimbang, hanya menggunakan cawan metriks. Mudah kan? Korang mesti cuba.

“Hari ni saya kongsikan cara saya buat kek gula hangus atau kek sarang semut. Resepi mudah dan tak perlu di perap. Kalau nak dapatkan kek yang tinggi boleh double kan adunan resepi,” kongsi Nina.

Resepi kek gula hangus sarang semut (Sukatan cawan metrik)

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega (di cairkan)
3 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara membuatnya:

Iklan

1. Cairkan gula sehingga kelihatan perang.
2. Masukkan air panas dan kacau rata sehingga gula benar2 larut. Ketepikan.
3. Cairkan mentega dan ketepikan.
4. Kacau telur, susu pekat dan esen vanila menggunakan whisk.
5. Kacau rata sehingga sebati.
6. Kemudian masukkan mentega cair tadi.
7. Satukan bikarbonat ke dalam tepung dan ayak.
8. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata.
9. Akhir sekali tuang gula hangus tadi. Kacau sehingga adunan tidak berketul. Boleh di tapis.
10.Tuang ke dalam loyang yang sudah digriskan.
11.Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.

Iklan

Artikel berkaitan: Biskut Raya Tak Perlu Bakar Rasa Coklat Kaw Kaw, Resipinya Mudah Hingga 5k Perkongsian

Sumber: Nina Mahdar