Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi

Iklan
1

Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi

CUACA panas terik yang membahang akhir-akhir ini melanda negera kita susulan musim Peralihan Monsun.

Iklan
Iklan

Ia itu melibatkan semua negeri, namun yang paling terkesan ialah negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur. Perkara yang paling ditakuti ketika suhu sekeliling yang panas ialah keletihan atau kelesuan akibat dari panas (heat fatigue), pitam atau pengsan akibat panas (heat syncope), kekejangan akibat daripada panas (heat cramps), keletihan atau kepenatan akibat panas (heat exhaustion) dan strok haba.

Iklan

Perkongsian seorang ibu, Wanie Iwan di laman sosial baru-baru ini menyentuh hati apabila anak sulungnya ‘pergi’ buat selama-lamanya pada hari raya keempat susulan daripada strok haba dan dehidrasi akibat cuaca panas.

Baca juga: Cuaca panas terik membahang, suhu dijangka lebih 54 darjah Celcius di Thailand, 3 lokasi di Malaysia kena tempias

Iklan

Rakam layar hantaran Facebook ibu berkenaan berlegar di laman sosial menyentuh hati ramai sekali gus menimbulkan kesedaran tentang strok haba dan dehidrasi.

Menurut coretan itu, pemergian kanak-kanak bernama Muhamad Syamil Aqil meninggal dunia pada 9.27 pagi 25 April 2023 berlaku secara mengejut selepas mengalami demam dan cirit-birit.

"Strok haba dan dehidrasi, anak ‘pergi’ selamanya. Innalillah. Perjalanan yang sangat singkat.

"Pada hari raya keempat lepas Subuh ibu nampak Abang lemah sangat. Ibu ajak Abah ke klinik. Siap pakai baju tiba-tiba Abang alami kekejangan,” coretnya yang terus membawa Muhamad Syamil Aqil ke Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan.

Sesampainya mereka di sana, kanak-kanak itu diberikan bantuan pernafasan oksigen dan dimasukkan air.

"Doktor tekan nadi tiba-tiba nadi berhenti. Masa ni jantung ibu pun rasa macam tiada dah. Semua doc oncall turun sebab anak ibu tiba-tiba collapse.

"Hari raya keempat masih cuti sebenarnya. Semua doktor sudah berusaha sehabis baik. Ibu abah benarkan apa sahaja prosedur seperti CPR dan sebagainya. Sejam mereka berusaha, nadi tak naik. Doktor minta ibu dan abah reda. ibu dan abah reda anak. Tepat jam 9.27 pagi 25 April 2023 doc sahkan Abang Aqil sudah tiada,” luah ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Menurut Wanie suaminya membuat laporan polis untuk prosedur seterusnya. Pihak polis tiba kira-kira jam 1.45 petang dengan trak, terpaksa ikut untuk post-moterm sebab bawah umur.

Baca juga: Hadkan aktiviti luar, 8 info cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos

Jenazah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau yang pada awalnya tidak membenarkan prosedur bedah siasat pasrah demi kebaikan semua dan mempermudahkan urusan anak syurganya.

Menurut Wanie, kira-kira usai Asar urusan pembedahan selesai dan jenazah dimandi dan disolatkan. Jenazah disolatkan sebelum dikebumikan kira-kira selepas Isyak.

"Abah bawa balik dari hospital ke rumah untuk jumpa semua. Ramai sayang Abang,” titipnya.

"Pukul 9 lebih settle semua. Abang Aqil selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak Ibu. Penghuni pertama rahim Ibu, zuriat pertama yang mengajar Abah Ibu erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Abang tenang dan riang bersama kawan-kawan baru. Ibu tak kacau Abang nak main, boleh main puas-puas. Selalu di rumah ibu akan panggil balik dan Abang merengek kata tak puas bermain. Ibu lepaskan Abang main puas-puas dengan kawan baru,” luah Wanie.

Wanita itu turut berkongsi keputusan bedah siasat yang amat mengejutkan. Beliau mahu tragedi yang menimpa anaknya itu dijadikan pengajaran dan iktibar.

Baca juga: Cuaca panas membahang, ini 10 jenis makanan yang boleh ‘coolkan’ badan

"Hasil post-moterm anak Ibu disahkan strok haba dan dehidrasi. Doktor operate terus nampak semua isi dalam dah hangus. Jantung dan buah pinggang Abang Aqil habis hangus, dalamnya dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dah kering.

"Ibu puas hati bagi post-mortem dan dapat tahu penyebab sebenar, boleh kongsi untuk peringatan semua,” titipnya.

Wanie reda ketentuan ALLAH namun tidak dapat menyangkal amat merindui buah hatinya itu.

"Doakan saya terus kuat hadapi kehidupan dunia dengan kehilangan satu nyawa. Damailah anak syurga ibu Muhamad Syamil Aqil,” coret Wanie.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Daripada perkongsian ini ambil pengajaran dan berwaspadalah dalam keadaan cuaca panas ini. Ia boleh memberi tekanan fizikal kepada badan manusia yang boleh menyebabkan maut.

Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!

KUMPULAN BERISIKO TERKESAN DENGAN SUHU PANAS

-Individu yang terlibat dalam kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.

-Orang dewasa berumur 40 tahun berisiko 10 kali ganda berbanding dengan orang yang lebih muda.

-Kanak-kanak lima tahun ke bawah.

-Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung

-Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

TIP PENCEGAHAN IMPAK CUACA PANAS

[caption id="attachment_111700" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]

-Minum air dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti anda.

-Jangan tunggu hingga anda dahaga.

-Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

-Berada di dalam rumah atau bangunan

-Hadkan aktiviti luar

-Berehat dengan kerap

-Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan

-Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.

-Pakai topi atau payung yang besar

-Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

-Jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.

-Hindari bersenam dalam cuaca panas.

Baca juga: Kanak-kanak 4 tahun temui ajal, ditinggal ibu bapa dalam kereta suhu 49 darjah Celsius

TANDA-TANDA STROK HABA & KELETIHAN HABA

Berikut adalah simptom strok haba dan keletihan haba yang perlu anda peka.

STROK HABA

1-Sakit kepala berdenyut.

2-Tidak berpeluh

3-Suhu badan meningkat

4-Kulit panas, kering dan merah.

5-Muntah atau loya

6-Nadi kuat dan laju

7-Boleh pengsan

Jika ini berlaku, segera dail 999 dan cuba sejukkan badan sehingga bantuan sampai.

KELETIHAN HABA

1-Pening

2-Berpeluh melampau

3-Kulit sejuk dan pucat

4-Muntah atau loya

5-Nadi laju dan lemah

6-Otot kejang

Sekiranya anda mendapati tanda-tanda keletihan haba, segera bawa pesakitke tempat sejuk seperti berpendingin hawa, minum air jika sedar dan mandi air sejuk. Anda juga boleh mengelap badan mereka dengan tuala sejuk.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.