'Budak nakal datang buat cikgu gembira.' Diundang beri motivasi kepada pelajar, ucapan Hafiz Mahamad undang sebak!

Iklan
Untitled design (23)

USAHAWAN dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad sering mengundang perhatian ramai.

Masakan tidak, ada sahaja kerja amal mahupun bantuan yang dihulurkan buat mereka yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Biarpun sudah terkenal dan hidup mewah, namun beliau cukup merendah diri.

Sikap dermawan yang ada pada dirinya membuatkan ramai yang menjadikan beliau idola dan sumber inspirasi untuk berjaya.

Iklan

Baca ni 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Iklan

 

Justeru, tidak hairanlah andai nama bapa kepada dua cahaya mata itu sering meniti pada bibir masyarakat kita.

Terbaharu, suami kesayangan Syafiqah Aina itu memuat naik hantaran sempena sambutan Hari Guru.

Katanya:"Minggu lepas, cikgu sekolah WhatsApp saya. Rindu sangat dekat cikgu dan sekolah.

"Selepas SPM, hari ini baharu saya datang ke sekolah ni. Saya kosongkan jadual untuk jumpa cikgu- cikgu saya."

Baca ni 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat'. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

BELANJA KFC

Serentak dengan itu, beliau turut mendedahkan perangai nakalnya suatu ketika dahulu.

"Malu saya cikgu, nakal saya dulu masya-ALLAH. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dahulu. Moga hari ini, budak nakal yang datang ni dapat buat cikgu gembira," tulis beliau lagi.

Mengulas lanjut, kata usahawan tersebut, kunjungannya ke sekolah berkenaan adalah atas jemputan untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar.

Pun begitu, pihak sekolah meminta beliau menyampaikan kata-kata motivasi untuk para pelajar.

"Saya kata, maaf saya tak boleh. Saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami.

"Kedatangan saya hanya untuk memberi contoh supaya suatu hari nanti, mereka mengikuti untuk menghargai pemberi ilmu yang ada," ujarnya.

Baca lagi 'Orang nampak cantik je.' Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Dengan tulus, tuturnya, hasil didikan guru lah yang membolehkan beliau mengecapi kejayaan sepertimana hari ini.

"Jika kerjaya kami bagus. Cikgu masih gembira dengan kami. Jika hidup kami sedih, saya tahu cikgu masih mendoakan kami. Terima kasih cikgu," ungkapnya.

Bagi meraikan sambutan hari guru, Hafiz turut bermurah hari menjamu semua guru serta staf sekolah berkenaan dengan hidangan KFC.

Baca ni 'Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.' Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

Terbaiklah Hafiz, selalu buat amal dan tidak lokek berbelanja semata-mata untuk meraikan insan-insan istimewa disekellilingnya.

Patulah rezekinya sentiasa murah, kan!

Sumber : Hafiz Mahamad 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.