Rumah flat tercabut dinding, hati-hati semasa ribut petir. 20 tip keselamatan perlu buat elak hilang nyawa
AKHIR-akhir ini fenomena ribut petir kerap berlaku terutama ketika negara sedang mengalami Monsun Barat Daya.
Ribut petir yang melanda ibu negara termasuk beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru menjadi perhatian warganet.
Menggemparkan, ribut dan hujan lebat pada berlaku pada waktu petang itu mengakibatkan kerosakan infrastruktur termasuk dinding sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew, Kuala Lumpur yang tercabut.
Baca juga: Negara alami Monsun Barat Daya hingga September ini, 10 perkara perlu tahu, buat persediaan awal
[caption id="attachment_114906" width="800"] Kredit foto: Twitter @rvzlee, Facebook DBKL[/caption]
Malah sekurang-kurangnya 15 buah sekolah di ibu negara dilaporkan terjejas manakala 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.
Justeru penting untuk kita mengambil langkah keselamatan ketika ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama kala negara mengalami Monsun Barat Daya.
Salah satu corak cuaca Monsun Barat Daya yang bermula pada Mei hingga September ialah fenomena garis badai.
[caption id="attachment_114905" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]
Fenomena garis badai atau squall line membawa hujan lebat, angin kencang di kawasan Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Barat Sabah pada awal pagi.
Jangka hayat garis badai boleh mencapai sehingga beberapa jam.
Adalah penting untuk mengetahui panduan keselamatan setiap kali melihat petir dari jauh. Berikut 20 fakta anda perlu lakukan:
1-Semak ramalan cuaca sebelum keluar dan ketahui sebarang kejadian ribut atau perkembangan ribut petir di kawasan setempat. Langit yang gelap, kilat atau angin kencang menandakan ia bakal melanda.
2-Jika terdapat petir, segera cari tempat berlindung, usah tunggu sehingga hujan turun. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 kilometer (km) dari tempat anda dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
3-Jangan tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan belum turun. Elakkan menggunakan payung ketika adanya petir.
[caption id="attachment_114911" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]
4-Jika ribut petir melanda, hitung tempoh masa antara kilat dan petir untuk menganggarkan jarak antara anda dengan petir. Bunyi bergerak sejauh sebatu dalam tempoh lima saat.
Cari tempat berlindung sekiranya tempoh antara kilat dan guruh adalah 30 saat atau kurang (enam batu).
Sekiranya berada dalam bangunan, hentikan melakukan sebarang aktiviti sehingga selepas 30 minit guruh yang terakhir kedengaran.
5-Cari tempat berlindung. Bangunan yang kukuh adalah tempat yang paling selamat untuk berlindung semasa rebut petir. Elakkan berlindung di bawah bangsal dan pondok di kawasan berkelah.
6-Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil atau gerai makan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
7-Kenderan seperti bas, van atau kereta boleh juga dijadikan tempat berlindung namun pastikan tingkap kereta ditutup.
Baca juga: Jangan guna telefon bimbit ketika ribut petir, bahaya! Ini yang perlu wanita tahu
[caption id="attachment_114909" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]
8-Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit atau platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
10-Keluar dari kawasan yang berair kerana air boleh mengalirkan arus elektrik.
11-Jangan berkumpul di dalam satu kumpulan dan berpecah. Elakkan berbaring di atas tanah semasa ribut petir.
12-Elakkan memegang rod pengalir elektrik atau logam seperti basikal, kayu golf, pancing, raket tenis, tiang elektrik, tangga besi atau logam yang lain.
13-Elak menggunakan telefon atau kelengkapan elektrik kecuali kecemasan.
[caption id="attachment_114910" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]
14-Sekiranya berbasikal dan kilat didapati dalam jarak lima kilometer, berhenti mengayuh dan tinggalkan basikal. Berlindunglah di dalam longkang atau di tempat yang lebih rendah dan duduk.
15-Langkah terakhir, jika anda terperangkap dalam ribut petir dengan tanda-tanda seperti rambut menegak, kulit berasa gatal atau terdengar bunyi berderak, segera mencangkung dan jengketkan kedua-dua tumit kaki, tundukkan kepala dan tutup kedua-dua belah telinga dengan tapak tangan. Sesetengah pakar mengesyorkan tangan diletakkan di atas dahi dan siku di atas lutut untuk mengalirkan renjatan kilat ke tanah menerusi kaki dan bukannya jantung.
16-Jika anda sedang memandu, elakkan bergerak ke arah kawasan yang mana talian elektriknya terjatuh.
17-Pandu perlahan dengan lampu kenderaan dihidupkan.
18-Berhati-hati dengan serpihan di atas jalan raya.
Baca juga: Bahaya! Kabel elektrik jatuh akibat dipanah petir meragut nyawa
[caption id="attachment_114903" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)[/caption]
20-Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan. Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
Memandangkan Monsun Barat Daya dijangka akan berterusan untuk beberapa bulan lagi, diharapkan kita semua agar berhati-hati dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Baca juga: Ribut tropika kuat Nesat bakal badai Malaysia? 5 fakta perlu tahu
Sumber: MKN, MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Astro Awani, TNB, Malaysia Weather Information Service, Met Malaysia
Foto utama:" target="_blank" >Twitter russ , Pixabay 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.