Negara alami Monsun Barat Daya hingga September ini, 10 perkara perlu tahu, buat persediaan awal

PERKATAAN ‘monsun’ berasal daripada perkataan Arab ‘muasim’ yang bermaksud musim.

Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk di Hemisfera Utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di Hemisfera Utara.

Istilah itu juga tidak asing di Malaysia kerana cuaca di negar aini dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya bermula dari akhir Mei ke September manakala Monsun Timur Laut dari November ke Mac.

Tempoh peralihan di antara dua monsun ini pula dikenali sebagai fasa peralihan monsun.

Pada masa ini, negara bakal berhadapan dengan Monsun Barat Daya yang secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering.

Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Barat Daya telah bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September.

Berikut 10 perkara anda perlu beri perhatian dalam keadaan negara yang lebih kering:

1-Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

2-Keadaan ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.

3-Seluruh negara dijangka akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Baca juga: Nampak kilat, dengar guruh cepatlah cari tempat berlindung, 5 fakta penting elak dipanah petir

Waspada hujan di waktu pagi. Kredit foto: Pixabay

4- Hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi

5-Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

6-Elakkan daripada pembakaran terbuka dan membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

7-Jerebu boleh terjadi sepanjang Monsun Barat Daya jika pembakaran terbuka tidak terkawal terutama pada Julai hingga September.

8-Anda disarankan menggunakan air secara berhemat dan menyimpan bekalan air.

Iklan
Guna air dengan berhemah, elak pembaziran. (Kredit foto: Freepik)

9-Minum air secukupnya.

10-Mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka.

Baca juga: Henti pembakaran terbuka! Negara dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, cuaca panas, kering

Jangan lupa simpan bekalan air secukupnya. (Kredit foto: Freepik)

Andaboleh mengakses maklumat cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi hotline MetMalaysia 1-300-22- 1638 bagi pertanyaan lanjut.

Sama-samalah kita bersedia dan berwaspada.

Iklan

Baca juga: Mula simpan air, El Nino kuat dijangka Mei hingga Julai ini. 7 perkara wajib semua ambil tahu

Sumber: Bernama, Malaysian Meteorological Department

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.