RIBUT tropika ialah adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Ia berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 hingga 117 kilometer sejam (kmp/j).

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Ribut tropika kuat Nesat yang melanda beberapa negara Asia Tenggara.

Baca juga: Setiap rumah perlu ada beg kecemasan bencana ini senarai barangan paling penting

Baca juga: Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini

Biarpun tidak melanda Malaysia. situasi ini perlu diambil perhatian segera. Sebagai panduan, berikut lima fakta mengenainya:

Kredit foto: Pixabay

1-MetMalaysia memaklumkan ribut tropika kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.27 di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

2-Keadaan tersebut menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

3-Ramalan terkini menunjukkan sistem tersebut dijangka meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini.

4-Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.

5-Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi Met Malaysia.

Talian hotline 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

SinarPlus berharap anda berada di negeri terbabit mengambil langkah berjaga-jaga. Semoga tiada impak teruk berlaku yang menjejaskan struktur dan penduduk. Teruskan membuat persediaan agar impaknya dapat dikurangkan ke tahap minimum.

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

ANEKDOT

Siklon tropika boleh dilihat menerusi satelit seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar.

Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan dibahagian pusat dikenali mata yang mana udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan.

Iklan

Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.

Siklon tropika dikelaskan seperti berikut:

-Lekukan tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63 kmp/j

-Taufan – satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118 kmp/j atau lebih

-Ribut tropika – satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117 kmp/j.

Iklan

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Geografi STPM

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.