Dah biasa dengan sambal belacan? Cuba keenakan sambal embang yang bikin ketagih. Senang sangat nak buat

Iklan
sambal

PERNAH makan sambal embang? Mungkin ramai yang menggeleng kepala. Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, menu tersebut berasal dari Sarawak.

Embang atau disebut juga sebagai embawang ialah sejenis buah yang sangat popular di Bumi Kenyalang. Masyarakat Iban menggelarkannya sebagai mawang.

Iklan
Iklan

Baca ni Telur pecah sambal 3 rasa simple tapi sedap, ibu kena cuba pasti keluarga suka

Iklan

Apabila diselidiki, rupa-rupanya buah itu turut terdapat di Sabah, namun dikenali sebagai bambangan yang dikategorikan sebagai mangga liar (Mangifera pajang kostermans).

Ketika mengikuti rombongan sempena program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia-Sarawak anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini, SinarPlus berpeluang melihat proses pembuatan sambal embang dan merasainya sendiri.

Iklan

Demonstrasi tersebut dilakukan oleh anak jati Sarawak, Khadijah Madli.

Menurut Khadijah, hidangan itu hanya menggunakan empat bahan sahaja iaitu buah embang sebagai ‘heronya‘, ikan bilis atau udang kering yang digoreng, cili padi dan belacan.

Baca ni 24,000 share, resipi Sambal Tempe Bilis Kacang stok sahur, ratah pun sedap

"Saya sebenarnya suka menggunakan udang kering yang digoreng kerana bau dan rasanya lebih sedap. Setahu saya, untuk menambah rasa, ramai juga yang menambah bawang merah untuk menaikkan aroma sambal," katanya.

Ditanya tip membikin sambal embang yang enak, ujar wanita berusia 36 tahun itu, tiada sebarang rahsia khusus, cuma seseorang kena pandai memilih buah dengan ciri tertentu.

"Kesedapan sambal bergantung kepada buah yang dipilih. Sebaiknya, ambil jenis yang tak terlalu banyak sabut. Caranya mudah sahaja, pilih buah yang berwarna kuning keemasan dan bukannya kuning oren," ujarnya yang gemar menghidangkan sambal itu bersama nasi panas, ikan terubok masin goreng dan kuah masak lemak.

Ibu kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari luaran, buah yang memiliki rasa masam itu mempunyai tekstur yang agak keras, kasar dan berwarna coklat.

Baca lagi Rendang Ayam Cili Hijau terlajak sedap. Guna ayam pencen untuk rasa lebih ‘terangkat’

[caption id="attachment_116408" width="300"] Khadijah[/caption]

"Ia juga mempunyai beberapa saiz dan bentuk. Embang juga mengeluarkan satu bau yang kuat seakan-akan buah kuini apabila masak.

"Jika mahu mengupas buah ini pun kena ada caranya kerana kulitnya yang sedikit keras. Satu perkara yang nak kongsi, selain isi, kulit bahagian dalam dan biji sebenarnya boleh dimakan," katanya berkongsi panduan.

Sesuai juga untuk dibuat jeruk dan jus, embang memiliki banyak manfaat dari segi kesihatan, beritahu wanita tersebut.

Baca lagi Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan

Ternyata apa dimaklumkan Khadijah benar belaka.

Hasil carian SinarPlus mendapat, buah itu dapat membantu melancarkan penghadaman kerana kaya dengan fitokimia atau fitonutrien seperti flavonoid.

Sebelum pihak media beredar, Khadijah menambah, tidak sekadar sambal, embang juga boleh dijadikan sebagai pengganti asam jawa atau asam keping bagi melazatkan lagi menu asam pedas dan beberapa lagi resipi lain.

"Sesetengah orang menggunakan embang untuk menambah lagi kesedapan kerabu bunga kantan. Lagi menarik, kalau dicampur dengan rumpai laut," katanya.

RESIPI SAMBAL EMBANG

Bahan-bahan

1 biji buah embang

Segenggam ikan bilis (digoreng dan ditumbuk)

3-4 biji cili padi ikut cita rasa

Sedikit belacan

Gula dan garam secukup rasa

Belacan

Cara penyediaan:

Buah embang dibuang kulit dan diambil isinya.

Masukkan ikan bilis yang siap digoreng dan ditumbuk. Boleh juga menggunakan ikan bilis biasa yang tidak bergoreng.

Tumbuk bahan-bahan tersebut sehingga lumat.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap dan boleh dihidang.

Baca lagi Sedapnya makan buah kundang cicah sambal belacan. Ini antara khasiat ramai tidak tahu

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.