Pereka grafik kini usahawan cenderahati, 14 tahun Dasheela terajui Dweet

Iklan
Pereka grafik kini usahawan cenderahati, 14 tahun Dasheela bangunkan Dweet (5)

BERMULA sebagai pereka grafik, siapa sangka wanita hebat ini mengorak melangkah menjadi usahawan berjaya. Dasheela Shamsuddin, 40, orang kuat jenama cenderahati, Dweet berkongsi jatuh bangun dalam perniagaan.

Cenderamata adalah tanda ingatan tuan rumah atau penganjur buat tetamu. Tidak terhad acara perkahwinan, kini bingkisan yang hadir dalam bermacam bentuk dan variasi sedia untuk ditempah pelbagai majlis.

Iklan
Iklan

Untuk bercakap mengenai cenderamata, usahawan wanita pilihan, SinarPlus kali ini, Dasheela Shamsuddin adalah orang yang tepat.

"Dweet menjalankan perniagaan hadiah dan cenderahati untuk sebarang majlis sama ada formal atau tidak formal. Dari majlis korporat hingga ke majlis kekeluargaan seperti perkahwinan,” tuturnya.

Iklan

Baca juga: Dulu pengacara TV, sekarang bekerja dari rumah, Nisa Aznan puas berniaga

Iklan

Bermula daripada perniagaan kad undangan perkahwinan, seiring dengan masa Dasheela membuat perubahan dalam perniagaan agar memenuhi permintaan pasaran.

"Sebelum ini kami memfokuskan kepada kad jemputan perkahwinan dan doorgift.

"Namun selepas pandemik, saya ubah haluan bisnes dan lebih kepada cenderahati dan hadiah.

"Dweet kini lebih ke arah korporat dan retail menjual hadiah,” ujarnya.

Pelbagai jenis hadiah dipasarkan dengan harga mampu milik. Ia termasuk jenis tempah khas yang boleh dicetak nama. Setiap satu dibungkus cantik di dalam kotak yang sangat menarik.

Baca juga: Eksekutif akaun kini pengusaha bakeri, 9 tahun Norliyana cipta nama Dinda Delights hingga dikenali

Kata Dasheela, poduk yang paling mendapat sambutan ialah sejadah mini, tisu, sejadah yang dicetak nama.

Semua bingkisan tampak eksklusif kerana diletakkan di dalam kotak yang menarik.

Ujarnya, sejadah menjadi produk yang paling ‘intrend’ di Dweet buat masa ini.

Baca juga: Rakan kongsi lari Firzah tak patah semangat, bina empayar Bell Popcorn raih RM1 juta masa PKP

Menjengah ke laman sosial TikTok, Facebook dan Instagram Dweet, penulis pun rambang mata. Semua hadiah yang dijual cantik semuanya, malah harga pun mampu milik.

14 tahun di dalam industri, Dasheela melalui pelbagai cabaran. Wanita kelahiran Melaka ini berkongsi pancaroba untuk meletakkan Dweet sebagai pembekal cenderamata yang kukuh pada hari ini.

Mendapat kekuatan daripada suami dan juga rakan kongsi, Mohd Khalid Abu Bakar, beliau mengamalkan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan.

Jelasnya, bisnes berkenaan pernah mengalami kejatuhan sebelum ia dijenamakan semula.

Paling menyentuh hati, usahawan ini mengakui pandemik yang melanda seluruh dunia benar-benar menjadi kenangan pahit.

Baca juga: Laku keras musim PKP jualan cecah 1 juta, Adila mula jual cheese tart dari ceruk dapur

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Berhadapan perubahan dalam corak permintaan pasaran, Dasheela berat hati melepaskan kedai yang baharu diubah suai dan menguatkan platform dalam talian.

"Terpaksa let go showroom adalah kenangan pahit buat saya. Kami baru berpindah ke sana pada hujung tahun 2019.

"Showroom itu direka bentuk untuk keselesaan pelanggan. Tetapi tak sampai beberapa bulan dibuka, koronavirus melanda dan seluruh negara PKP tahun 2020.

"Selepas PKP corak pembelian sudah berubah. Pelanggan tidak lagi mencetak kad jemputan kahwin dalam kuantiti banyak. Mereka lebih selesa bertukar kepada kad kahwin digital.

"Lagipun semasa PKP kami banyak menjual barangan secara online gift. Jadi kami letgo showroom fizikal dan menguatkan saluran online Dweet,” kongsi Dasheela.

Bidang perniagaan ini menarik untuk diceburi kerana ia mampu memberikan pulangan yang besar. Malah sembilan daripada 10 sumber rezeki adalah daripadanya

Ingin melihat kaum Hawa bergiat dalam perniagaan, Dasheela berpesan bidang ini memerlukan wanita menjadi kental.

"Untuk menceburi bidang perniagaan, kita bukan sahaja perlu kuat semangat, malah kena cepat untuk mencari jalan menyelesaikan masalah dan cepat move on.

"Jangan fikir masalah sebaliknya fikirkan jalan menyelesaikan masalah. Perlu cepat berubah mengikut peredaran masa dan fleksibel. Cara pengurusan duit pun penting,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dasheela juga berkongsi tip untuk kekal lama di dalam perniagaan dengan sentiasa menambah pengetahuan dan bijak mengatur strategi.

"Usahawan kena sentiasa upgrade diri dengan ilmu baru. Kalau ada masalah perlu cepat move on dan mencari cara menyelesaikan.

"Tak perlu down lama sangat, ia tak bagus.

"Selain itu networking pun penting. Cari rakan yang positif dan benar-benar mahu memajukan diri. Dengan cara itu, kita pun dapat idea baru,” ujarnya.

Selain memiliki kedai maya di laman e-dagang Shopee, dweet dan laman sosial TikTok, dweetgift, Dasheela ingin memperkasakan lagi platform dan memperbanyakkan produk untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Benarlah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Jika tidak berusaha dan fleksibel maka kita akan kekal berada di takuk lama dan tidak akan ke mana.

Semoga apa yang diusahakan Dasheela menjadi inspirasi dan panduan wanita lain untuk menceburi bidang perniagaan.

Baca juga: Jahit baju bermodalkan wang pinjaman belajar, ibu pencetus inspirasi Liyana Rahman bangunkan bisnes tudung

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang