YAKIN dan menyerlah, demikian adalah dua perkataan yang sesuai sebagai definisi helaian hijab keluaran Nisa Aznan.

Jenama yang diasaskan bekas personaliti televisyen dan wartawan penyiaran, Nisa Aznan, 33, ini mula bersaing di pasaran pada tahun 2021.

Kalau dahulu petah menyusun kata di depan lensa mengemudi siaran langsung rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O, kini Nisa menumpukan kepada perniagaan dan keluarga.

Baca juga: Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Nisa ketika mengacarakan Nasi Lemak Kopi O pada tahun 2017. (Kredit foto: Youtube TV9MALAYSIA Official)

Beroperasi dari rumah, Nisa Aznan adalah rangkaian hijab khusus untuk wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik, yakin dan menyerlah.

“Idea bisnes ini tercetus apabila saya meletakkan jawatan daripada seorang wartawan penyiaran untuk memberi fokus kepada keluarga.

“Saya perlu menyibukkan diri dengan sesuatu dan masih mahu memberikan sesuatu kepada audiens. Maka, lahirlah Alayna Series, koleksi yang meniup semangat luar biasa untuk saya. Ramai orang suka dengan koleksi itu. Itu ‘masterpiece’ saya,” kata Nisa ketika dihubungi SinarPlus.

Cetusan idea Nisa dalam perniagaan pakaian wanita ini adalah lahir daripada perasaannya. Pendek kata, apa yang dipakai itulah dijual.

“Saya meletakkan nama sendiri sebagai ‘branding’ produk walhal saya bukanlah ‘somebody’. Ini adalah percaturan saya kerana DNA hijab keluaran Nisa Aznan itu sendiri diilhamkan saya melalui terjemahan pelbagai emosi.

“Contohnya ada tudung yang saya reka untuk dipakai apabila mahu menonjol dan ada juga tudung yang mana pula saya akan pakai ketika tidak mahu menonjol.

“Ini adalah perasaan-perasaan biasa bagi seorang wanita. Jadi, saya terjemahkan ke atas setiap helaian hijab Nisa Aznan untuk pemakaian harian semua wanita cantik di luar sana,” tuturnya merendah diri.

Baca juga: Soo Wincci kini bergelar Profesor Madya

Antara produk yang dijual ialah hijab berbentuk selendang (shawl) dan skaf (bawal) daripada koleksi Alayna, Aileen, Airis, Annisa, Jia dan banyak lagi. Fabrik yang digunakan kebanyakannya satin silk matte yang memberikan efek eksklusif dan mewah.

Tidak hanya itu, turut dijual tudung bawal daripada kain kapas voile. Tudung bawal daripada Koleksi Coretan dan Banjaran berlatarkan corak abstrak dengan pelbagai tona menarik yang menampakkan sisi kejelitaan wanita.

Baca juga: Tak menang tangan lepas viral, gerai nasi dagang bekas cef diserbu seawal 6 pagi, 60 kg ‘sold out’ 2 jam!

Terbaru ialah inner atau anak tudung sebagai pelengkap gaya. Tidak hanya pelbagai warna inner ditawarkan, Nisa juga kerap berkongsi padanan warna selendang yang sesuai digayakan. Diperbuat daripada fabrik kapas lycra, ia memeri dan ringan sekali gus memberi keselesaan kepada pemakai.

Cabaran

Jika dahulu ketika makan gaji segala keputusan dan gerak kerja disusun ketua, kini setelah bergelar ahli perniagaan ibu kepada seorang cahaya mata itu mengaku mengatur langkah menempuhi dunia perniagaan.

“Apabila berniaga ini cabarannya adalah diri sendiri. Apabila kita mengelola sendiri bisnes kita adalah bos. Malah kita juga adalah pekerja. Ada masanya bila kita kurang disiplin, impaknya adalah ke atas bisnes kita,” kongsi Nisa yang bekerja keras memastikan momentum berterusan.

Malah dia mementingkan rutin menetapkan untuk mulakan pagi seawal mungkin dan mendedahkan perkara dengan perkara positif.

Baca juga:  ‘Keghairahan’ wanita dengan emas bertempat, itulah yang bantu mereka jika dalam kecemasan’ -Datin Edora

“Ingat tak ketika di bangku sekolah, guru sering hantar ke kem motivasi. Kini kita sudah tiada cikgu dan harus mencari motivasi sendiri. Baca buku motivasi. Tengok video motivasi. Perkayakan diri dengan perkara positif, insya-ALLAH,” katanya.

Tidak hanya itu, wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut berkongsi kepada Sinarplus cabaran yang pernah ditempuhi.

“Kenangan tidak dapat dilupakan ialah ketika membuka tempahan melalui pra tempahan (pre-order) untuk koleksi Aidilfitri yang mana ketika itu keadaan sangat suntuk dan kekurangan kaki tangan untuk menyiapkannya.

Iklan

“Namun mujurlah segala tempahan pelanggan berjaya dilaksana. Daripada perkara itu saya mengambil pengajaran bagi mengelakkan ia berulang pada masa hadapan,” katanya.

Kekuatan

Kekuatan koleksi Nisa Aznan adalah pada koleksinya yang segar dengan penggunaan warna yang pastel dan terang pada fabrik yang lembut. Paling mustahak, ia menepati gaya hijab terkini dan sangat ‘sedap’ dipakai.

“Nisa Aznan menyajikan pelbagai keluaran hijab bercorak yang segar, cantik dan intrend.

“Fokus utama Nisa Aznan ialah, menyediakan tudung yang selesa, mudah dibentuk dan berkualiti premium dengan harga mampu milik,” tutur Nisa.

Bagi memastikan hijab Nisa Aznan sentiasa mengikuti gaya semasa, pemegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran itu akan sentiasa membuat kajian penambahbaikan. Malah katanya mata juga perlu peka tentang apa yang orang lain pakai. Daripada situ juga dia mendapat idea dan ilham.

Baca juga: Wanita berhijab kalau mahu rambut cantik dan sihat, amalkan cuci rambut dengan air sejuk

 Mahu sebaris dengan jenama popular

Mendapat dorongan kuat daripada suami dan keluarga, Nisa mempunyai pelbagai perancangan pada masa hadapan.

Iklan

“Sebenarnya terlalu banyak perancangan yang ada. Apa yang saya boleh katakan, saya mahu Nisa Aznan mampu berdiri seiring dengan jenama tudung popular di Malaysia.

Daripada wanita kepada wanita, Nisa turut menitip pesan buat kaum Hawa yang ingin menjadi usahawan agar yakin dan terus bertindak.

“Percaya kepada diri. Apabila ada rasa hendak lakukan sesuatu jangan biarkan sesiapa kata kita tidak boleh mencapainya. Jalan terus, buat terus. No action no result, fast action fast result,” titipnya.

Setiap daripada kita unik dan memiliki kekuatan sendiri yang tidak ada pada orang lain. Justeru tiada alasan bagi wanita untuk tidak bersaing dalam perniagaan terutama selepas ledakan teknologi hingga mencetuskan fenomena wanita dan trend perniagaan dalam talian. Semoga perkongsian ini memberi semangat wanita untuk menjana pendapatan dari rumah.

Baca juga: Naelofar, Bokitta antara jenama fesyen modest popular

Kredit foto: @thenisaaznan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi