'Selamat jalan Ainun Mardhiah.' Gadis maut dirempuh kereta kejar lampu kuning, abang rayu orang awam kongsi rakaman dashcam

Iklan
'Selamat jalan Ainun Mardhiah.' Gadis maut dirempuh kereta kejar lampu kuning, abang rayu orang awam kongsi rakaman dashcam (1)

'SELAMAT jalan Ainun Mardhiah.'

Demikian coretan sepupu kepada seorang gadis, Nur Ainun Mardhiah Mohd Zainuddin, 21, yang menjadi mangsa kemalangan maut di Kilometer 13 Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Nur Ainun Mardhiah, pelajar tahun satu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah kembali ke rahmahtullah akibat kemalangan jalan raya.

Arwah yang ketika itu bertugas sebagai jurujual meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian tepi sebuah kereta di lampu isyarat Pekan Bukit Payong.

Iklan

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

[caption id="attachment_124578" width="800"] Kredit foto: Sinar Harian[/caption]

Iklan

Pilu pemergiannya, ahli keluarga berkongsi perjalanan terakhir arwah sehingga pengebumian disempurnakan.

"Perginya Dik Nor pada malam Jumaat yang indah. Dik Nor rindu mama kan ? Sekarang ALLAH makbulkan doa Dik Nor nak jumpa arwah mama.

"Bahagialah di syurga ALLAH dengan arwah mama ok. Dik Nor penat kan balik kerja? Rehat dan tidurlah sepuas-puasnya.

"Kami semua sayang Dik Nor tapi ALLAH lebih menyayangi kerana Dik Nor orang baik-baik. Berehatlah sepupuku.

"Kami semua terima dan reda dgn ketentuan-NYA. Tenanglah di syurga abadi, hilang satu lagi permata keluarga yang sangat ceria dan periang. Al-Fatihah untuk bidadari syurga," titip pengguna TikTok izzti.ndhrh.

Baca juga: Kronologi kemalangan maut ibu & empat anak, remaja tak sangka Aidilfitri lalu momen terakhir bersama

[caption id="attachment_124580" width="800"] Kredit foto: Universiti Putra Malaysia[/caption]

Seorang lagi saudara Allahyarham, adeqshafiq81 merasakan kehilangan Nur Ainun Mardhiah seolah-olah mimpi.

"Macam mimpi dik. Kenangan tinggal kenangan, selamat jalan Ainun Mardhiah. Berlari-larilah adik di syurga ALLAH," titip beliau.

ABANG RAYU SAKSI PEMILIK RAKAMAN DASHCAM BANTU SIASATAN

Abang kepada Allahyarham Nur Ainun Mardhiah, Zulkifli Mohd Zainuddin merayu saksi kejadian atau pemilik rakaman dashcam tampil membantu siasatan.

"Saya abang kepada mangsa kemalangan yang meninggal dunia di Simpang Empat Bukit Payung pada Khamis malam Jumaat baru-baru ini.

Baca juga: 'Tuhan lebih sayang ibu abah.' Yatim piatu sekelip mata, gadis sempat hulur duit gaji, iftar sebelum orang tua maut kemalangan

[caption id="attachment_124579" width="800"] Kredit foto: TikTok[/caption]

Dalam hantaran yang sama, beliau berterima kasih atas titipan doa orang ramai dan berharap pemergian adiknya terbela.

"Semoga ada keajaiban untuk arwah adik saya.Terima kasih kepada semua yang mendoakan, semoga ALLAH membalas segala kebaikan, aamiin," kongsinya.

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa Nur Ainun Mardhiah:

1-Menurut Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.05 malam apabila kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dipercayai meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat telah berwarna kuning.

2-Motosikal ditunggang Nur Ainun Mardhiah yang datang dari arah lampu isyarat menghala ke arah Kampung Alor Limbat telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta tersebut.

4-Akibat dari pelanggaran berkenaan, Nur Ainun Mardhiah tercampak di hadapan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat menghala ke arah Kuala Berang.

5-Susulan kejadian, gadis itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

6-Difahamkan, pemandu kereta Perodua Kelisa pula mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan, manakala pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

7-Sejurus kemalangan, jenazah Nur Ainun Mardhiah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk urusan bedah siasat.

8-Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga: ‘Adik paling baik, rajin’ – Abang ipar dedah rider maut dirempuh SUV suka membantu, utamakan keluarga

Sumber: TikTok izzti.ndhrh, adeqshafiq81, FB Senyum Sokmo, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!