‘ADIK ipar paling baik dan rajin.’ Demikian antara luahan abang ipar kepada penghantar makanan (rider) Allahyarham Muhaimin Said, 34 yang maut dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat baru-baru ini.

Lelaki berkenaan melalui laman sosial TikTok meluahkan tentang kehilangan adik ipar yang baik dan mendahulukan keluarga.

“Amin, banyak hendak cerita fasal kamu. Adik ipar yang paling baik, rajin dan tidak kedekut bantu orang susah. Selalu utamakan keluarga,” titipnya.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun rentap tangan melulu lintas jalan cetus kemalangan, 8 tip ini ibu bapa perlu tahu

 

Baru-baru ini rakaman kemalangan melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira tular di laman sosial.

Kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang, 23 September itu terjadi apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan menyebabkan pelanggaran.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempuh dua motosikal termasuk yang ditunggang Muhaimin dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

Susulan rempuhan yang kuat, Muhaimin meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan parah.

Baca juga: Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

BAHARU DUA MINGGU BERUMAH TANGGA

Pemergian lelaki berkenaan menyayat hati apabila beliau dikatakan baharu sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu lalu. Kisah menyentuh hati itu dikongsikan sepupu Allahyarham, Emma Aynor.

“Angah tidak dapat bersama masa hari Amin nikah. Rupanya memang tiada rezeki untuk jumpa Amin lagi Baru nikah 9 September 2022, hari ini Amin sudah (dijemput) balik.

“Takziah buat seluruh keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan bersama hamba-hamba-NYA yang terpilih,” titip Emma.

Baca juga: Kemalangan tragis ibu hamil ‘lahirkan’ bayi di tempat kejadian, suami luah sedih namun reda

LAUTAN MANUSIA HADIRI PENGEBUMIAN

Dalam pada itu, badan sukarela pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Cai Official berkongsi foto sekitar pengebumian Allahyarham.

Proses pengebumian di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang Klang, Klang Selangor itu telah dihadiri ramai.

“Alhamdulillah pihak UKVJ sudah mengotakan janji membantu pengurusan jenazah abang Rider Grab. Jenazah Allahyarham Muhaimin Said, 34 tahun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rantau Panjang Klang.

“Terima kasih kepada pihak kariah yang turut sama membantu. Kelihatan lautan manusia membanjiri tanah perkuburan sewaktu jenazah hendak dikebumikan. Masya-ALLAH.

“Kebaikan yang dilakukan Allahyarham semasa hidup terlihat di hari pengakhirannya. Masya-ALLAH,” titipnya.

Iklan

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Kredit foto: Facebook Mr Wan Cai Official

Baca juga: Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

ANAK DAN SUAMI YANG BAIK

Selain itu, sepupu, Emma Aynor menyifatkan Muhaimin anak dan suami yang baik.

“MasyaAllah Tabarakallah. Pemergian Muhaimin Said sangat menyentuh hati netizen. Bermacam-macam teks daripada masuk diterima di Facebook Mesenger Angah. Pelbagai rezeki ALLAH hantar selepas Amin di jemput-NYA.

“Amin anak yang baik, suami yang baik. Pengakhiran Amin sangat baik menyebabkan perasaan orang-orang di luar sana tersentuh.

“Itulah rezeki Amin yang ALLAH sudah susun. ALLAH tunjukkan kepada kami yang masih tinggal di sini bukti kebesaran atas takdir hamba-NYA. Kamu bukan sesiapa dik, bukan artis mahupun orang popular. Tetapi ALLAH angkat darjat, semoga syurga terindah buatmu,” kongsinya.

Iklan

Menerusi Facebook, Emma Aynor turut menyifatkan turut menzahirkan penghargaan buat warga maya yang sangat prihatin atas ujian yang menimpa sepupunya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, kedua-dua pemandu SUV terbabit kemalangan yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, derma kilat bagi meringankan beban keluarga kedua-dua mangsa berjaya mengumpul RM97,000 (setakat jam 5 petang Sabtu).

Baca juga: Gigih delivery 12 jam sehari, siapkan tesis, rider akhirnya bergelar doktor, raih PhD

Sumber: Facebook Emma Aynor, TikTok cdml80, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.