“Tuhan lebih sayang ibu abah.’ Yatim piatu sekelip mata, gadis sempat hulur duit gaji, iftar sebelum orang tua maut kemalangan

KEMALANGAN maut di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu, Terengganu baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas mengorbankan sepasang suami isteri.

Video memaparkan lokasi nahas berlegar di laman sosial meruntun hati orang ramai apatah lagi apabila mengetahui pasangan itu meninggalkan tiga orang anak yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Baca juga: Tragedi hitam 2 beradik maut kebakaran, ibu kongsi kronologi sebenar, rupanya banyak statement bercanggah

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.17 tengah hari 25 Mac lalu melibatkan sebuah lori, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Proton Exora dan Toyota Wish, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara serta Perodua Axia.

Mangsa, Faizul Azman, 44, dan isterinya, Habsah Ismail, 44, yang menaiki Proton Exora meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Manakala anak mereka iaitu Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dikejarkan ke Hospital Setiu.

Perjalanan pulang mereka sekeluarga ke Kuantan selepas menziarahi abang ipar meninggal dunia di Besut berakhir tragedi selepas kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut anak saudara mangsa, Shafira Nadia Muhamad, 36, tiga permata hati pasangan itu, Nur Hafyza Elyana, 22, Nur Farysya Eryany, 19, dan Muhammad Daniel, 13 akan tinggal bersama ahli keluarga terdekat.

Anak sulung Allahyarham, Nur Hafyza Elyana berkongsi kepiluan selepas kedua ibu bapanya pergi sekali gus. Tiada siapa menduga ia adalah momen terakhir, Nur Hafyza sempat menghulurkan wang kepada ibunya sebelum tragedi.

Baca juga:Bapa sayu raya sedondon hitam tak kesampaian. ‘Sudah ditakdirkan begitu, saya reda’

“Inilah last chat kakak dengan ibu. Sempat berkongsi rezeki dengan ibu semasa dapat gaji.

“Selepas itu dapat tahu ibu abah accident. Time tu rasa macam mimpi bila dapat tahu ibu abah dah tak ada.

“Tuhan lagi sayang ibu abah. Kakak syukur sempat iftar dengan ibu abah tahun ini walaupun tak dapat nak raya sekali. Alhamdulillah, Kakak dan Kak Ngah dapat ikut jenazah ibu abah balik Kuantan,” titipnya sayu.

Baca juga: Ibu dakap, kucup bayi tidak bernyawa, meninggal dalam bas ekspres, tidak sempat pergi hospital

Jenazah pasangan itu disemadikan secara bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Balok, Kuantan kira-kira jam 9.30 pagi.

Sebagai anak yang sulung, gadis itu berjanji akan menjaga adik-adik biarpun kini merindui momen bergurau senda dengan kedua-duanya.

“Terima kasih sebab dah bagi kasih sayang yang secukupnya buat kami. Jaga makan, minum, pakai kami dari kecil sampai besar.

“Kakak, Kak Ngah dan adik sayang ibu serta abah. Ibu abah jangan risau kakak ada untuk jaga adik-adik.

“Lepas ini Kakak rindu nak dengar ibu dan abah bebel, Nanti mesti rindu nak bergurau dengan ibu abah.

“Tahun ini tak dapat nak beraya dengan ibu abah. Rindu nak peluk cium ibu abah,” titip Nur Hafyza melalui video di laman sosial.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memohon warganet mendoakan adiknya yang masih dirawat.

Baca juga:Tak tidur pun, gadis terselamat keracunan gas dalam kereta jelaskan kronologi kejadian

Warga maya menitipkan doa agar Nur Hafyza terus kuat dan tabah menerima kehilangan ini.

– “Ya ALLAH kuat ya adik. Semoga arwah ibu ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.”

– “Ya ALLAH kuatkanlah hati-hati mereka. Kami tengok pun tak kuat. Sabarkan hati ya anak-anak.”

– “Moga kuat dan tabah, moga menjadi anak yang soleh dan solehah buatmereka biarpun mereka di alam sana.”

Iklan

– “Semoga tiga beradik ini kuat.”

– “Salam takziah. Jaga diri, besar dugaan awak adik beradik. Moga sama-sama kuat.”

– “Kuatkan semangat awal, moga adik bongsu cepat sedar dan sihat.”

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Sumber: Sinar Harian 1 2 3, laman sosial Nur Hafyza Elyana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi