Kronologi kemalangan maut ibu & empat anak, remaja tak sangka Aidilfitri lalu momen terakhir bersama

A
A
A

Kronologi kemalangan maut ibu & empat anak, remaja tak sangka Aidilfitri lalu momen terakhir bersama

KEHILANGAN orang yang tersayang adalah ketentuan yang amat pedih namun tetap perlu ditempuhi.

Ia adalah duka yang amat memilukan. Apatah lagi jika berlaku secara tiba-tiba di saat diri masih memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian.

Demikian situasi yang dilalui remaja, Ahmad Danish Basyir Nasaruddin, 16, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar, Perak.

Pelajar Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh itu tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu, Azriyani Abdul Latif, 45, dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir.

Baca juga: 'Luluh hati' 4 beradik maut rumah terbakar ditemui dalam bilik air, 8 info kejadian

Lebih memilukan, Ahmad Danish berkata Azriyani menitipkan pesan agar beliau menjaga diri ketika menghantarnya pulang ke asrama 1 Mei lalu.

“Pada mulanya saya tidak percaya, ingatkan kakak saudara saya bergurau tetapi apabila guru sekolah saya beritahu, baru saya percaya dan datang ke sini (hospital).

“Semasa (arwah) ibu menghantar ke asrama semula (selepas cuti persekolahan berakhir), ibu pesan jaga diri di asrama, jangan buat masalah. Itulah kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengannya.

“Saya selalu tidur sekali dengan adik bongsu (Ahmad Uwais Qorni) apabila pulang ke rumah, saya memang rapat dengannya,”katanya yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik.

Adiknya Siti Nur Khadijah, 14, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain.

Dalam kemalangan itu, mereka turut kehilangan empat adik beradik iaitu itu turut kehilangan tiga saudara iaitu Ahmad Uwais Qorni, 5, Muhammad Fawwaz, 7, Siti Nur Aminah, 8, dan abang sulung, Muhammad Azib, 23.

Baca juga: Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

Berikut kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Azriyani bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kampung Changkat Petai, Tapah Road.

2-Difahamkan, Azriyani pulang ke rumah ibu bapanya untuk membawa bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tapah.

3-Kereta Proton Saga yang dinaiki dipandu anak sulung, Muhammad Azib.

4-Kenderaan tersebut bagaimanapun hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler muatan pasir di lorong kiri di KM310. 2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 2.42 pagi.

5-Azriyani dan tiga anaknya maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayat dibawa ke Hospital Kampar.

6-Manakala seorang lagi anaknya Muhammad Fawwaz meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah pada jam 9.20 pagi.

Baca juga: 'Tuhan lebih sayang ibu abah.'-Yatim piatu sekelip mata, gadis sempat hulur duit gaji, iftar sebelum orang tua maut kemalangan

‘SEMOGA ALLAH KURNIA SYURGA UNTUK MEREKA’

Menghadapi kehilangan isteri dan empat anak sekali gus amat perit buat Nasaruddin Abu Bakar, 53.

Ketika kejadian, beliau sedang berada di Bertam, Pulau Pinang atas urusan kerja. Beliau mengetahui nahas menimpa keluarganya pada jam 5 pagi.

Lima orang tersayang dijemput ILAHI sekelip mata, kakitangan UEM Edgenta Berhad itu menerima qada dan qadar dan bersyukur dikurniakan peluang hidup bersama.

"Terima kasih kerana ALLAH beri kesempatan sepanjang tempoh 24 tahun (perkahwinan bersama isteri) dikurnia anak-anak ini.

"Ada yang 23 tahun, 8, 7, dan yang kecil sekali 5 tahun. Semoga ALLAH kurnia syurga untuk mereka," katanya .

Kini beliaulah ibu dan ayah kepada empat anak yang ditinggalkan iaitu Ahmad Hazim Zuhdi, 21, Muhammad Ilham, 20, Ahmad Danish Basyir, 16, dan Siti Nur Khadijah, 14.

Jenazah Azriyani dan anak-anak dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.

Salam takziah daripada SinarPlus, semoga keluarga ini tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca