Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan ikut syarak jadi inspirasi, jaga pergaulan

Iklan
Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan patuh syarak jadi inspirasi jaga pergaulan (1)

MAJLIS perkahwinan berlangsung meriah menjadi tempat pertemuan sanak saudara yang mana para tetamu bebas memilih tempat duduk. Namun acara walimatulurus di negara jiran ini menarik perhatian ramai kerana mengasingkan pengantin, tetamu lelaki dan perempuan sekali gus menjaga batas pergaulan dan mematuhi syarak.

Dalam sebuah video yang tular di laman sosial perkahwinan mengasingkan tetamu mengikut jantina di Indonesia.

Iklan
Iklan

Rakaman durasi 44 saat itu yang memaparkan tetamu yang hadir memasuki dewan mengikut papan tanda yang ditetapkan iaitu Ikhwan (lelaki) dan Akhwat (perempuan).

Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Iklan

Pengasingan berkenaan bertujuan untuk menjaga ikhtilat agar tiada percampuran antara kaum lelaki dan perempuan yang hadir dalam majlis tersebut.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @anyacahyaraa, beliau menerangkan majlis tersebut diadakan dalam satu dewan yang besar dan dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan pemidang kain.

Baca juga: Hukum hadiri majlis perkahwinan mengandungi maksiat, 17 info perlu tahu

Malah menurutnya tiada muzik dipasang malah kumpulan pemuzik membuat persembahan tetapi dipasang bunyian alam semula jadi seperti kicauan burung.

Ia adalah sesuatu yang baik untuk dipraktikkan khususnya kepada golongan Muslim. Warganet teruja dengan perkongsian berkenaan memuji dan memberi reaksi positif acara keramaian yang diadakan berlandaskan syarak.

Baca juga: Tragedi raja sehari, 100 maut termasuk pengantin, 150 cedera kebakaran di majlis perkahwinan

[caption id="attachment_125636" width="800"] Jurufoto dan video yang berkhidmat juga mengikut jantina dan menjalankan tugas di ruangan berasingan.[/caption]

Malah ramai menzahirkan impian mengadakan majlis seumpamanya pada masa akan datang.

-"Bestnya. Selalu perkahwinan anak-anak orang tabligh begini."

-"Di Kelantan ada majlis asing tetamu tapi tidak semewah ini. Malah di sesetengah rumah di sana, pintu masuk juga berasingan untuk tetamu lelaki dan perempuan."

-"Wedding dream untuk anak menantu kelak, insya-ALLAH."

-"Pernah hadiri majlis seperti ini. Sejujurnya para tetamu lebih tenang dan nyaman."

-"Cuma kalau ada anak kecil bagaimana ya? Bahagikan dua team ikut ibu dan ayah."

-"Wedding dream."

-"Ini sepatutnya menjadi contoh. Tidak perlu acara karaoke, band muzik dan joget lambak yang melalaikan."

Sumber: TikTok @anyacahyaraa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!