Mudah rupanya buat roti nan ekspres. Hanya 5 bahan, 45 minit siap!

Iklan
Mudah rupanya buat roti nan ekspres, hanya 5 bahan 45 minit siap! (2)

SEBUT sahaja roti nan, tentu ramai terbayang Roti Nan Cheese. Makan panas-panas memang terbaik. Rupanya mudah sahaja membuat roti nan ekspres, hanya guna lima bahan dalam masa 45 minit siap!

Jika anda dan keluarga sukakan roti nan, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Farhah Azman. Lebih sedap, terjamin kebersihan dan boleh makan puas-puas.

Iklan
Iklan

Baca juga: Roti jala halus bak benang ini rahsia tentukan kepekatan adunan, pusaran mesti sebesar kelingking

Iklan

Baca juga: Makan roti naan cheese leleh tak kira siang atau malam. Ini 5 lokasi supper ideal bawa anak isteri isi perut

ROTI NAN

Iklan

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]

1 sudu besar gula [BELI DI SINI]

1 sudu besar yis [BELI DI SINI]

2 sudu besar mentega [BELI DI SINI]

Secubit garam [BELI DI SINI]

Air suam secukupnya (awas, doh jangan lembik)

Cara penyediaan

1-Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.

2-Gaul sebati dan tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3-Rehatkan sekitar 30 minit.

4-Masukkan inti yang dikehendaki dan leperkan dengan tangan atau penggelek.

5-Panaskan kuali leper tanpa minyak dan goreng.

6-Potong dan sedia dihidangkan. Sangat sedap dinikmati ketika masih panas!

Ujar Farhah roti nan yang dimasak berinti kali ini pisang cheese. Malah ada juga inti peanut butter.

Baca juga: Roti canai homemade garing & nipis, senang sangat nak buat tak perlu tebar pun

[caption id="attachment_126947" width="800"] Roti ini popular di Semenanjung Arab, Turki dan Asia Barat (Kredit foto: Pexels)[/caption]

Selain itu anda boleh sejukkan ia hanya dipanaskan ketika ingin dinikmati.

"Renjiskan dengan sedikit air adalah tip saya untuk kekalkan kelembutan roti nan semasa dipanaskan," katanya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Teknik simpan santan tahan lama, kekal pekat & segar dalam peti sejuk. Keluarkan boleh terus guna!

Baca juga: Resipi kek coklat cheese mini mudah & sedap, ini sukatan untuk 30 biji. Buat sendiri, puas hati makan

Sumber: Farhah Azman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!