15 November kemerdekaan P4lestin, warganet selfie OOTD hijau tanda solidariti

Iklan
15 November kemerdekaan P4lestin, warganet selfie OOTD hijau tanda solidariti

SEMPENA 15 November, ramai mengabadikan rakaman foto atau selfie dengan pakaian berwarna hijau bagi memperingati tarikh kemerdekaan Palestin yang jatuh pada 15 November 1988.

Sehingga 4 petang tadi, SinarPlus mendapati lebih 20,000 perkongsian menggunakan hashtag #weargreenforpalestine di Instagram sebagai dedikasi solidariti buat P4lestin.

Iklan
Iklan

Tidak hanya itu, ia menjadi trending topik di sejumlah platform media sosial lain termasuk X, Facebook dan TikTok.

Iklan

Bersama ini SinarPlus berkongsi sedikit info berkaitan keistimewaan tarikh 15 November ini:

1-Pada hari ini pada tahun 1988, Presiden P4lestin pertama, Yasser Arafat mengisytiharkan P4lestin sebagai negara yang merdeka.

Iklan

2-Pengisytiharan itu dilaungkan di Algiers, Algeria.

3-Deklarasi itu dilakukan oleh Dewan Nasional P4lestin atau P4lestine National Council (PNC), iaitu sebuah badan legislatif milik P4lestine Liberation Organization (PLO).

4-Pengisytiharan penting ini sangat dinantikan warga P4lestin yang menantikan bertahun-tahun apabila hak kedaulatan mereka sebagai sebuah negara dinafikan.

5-Deklarasi 15 November ini juga menetapkan Jerusalem sebagai ibu kota P4lestin, meskipun ia ketika itu berada di bawah penaklukan Isr4el. Deklarasi kemerdekaan ini merupakan langkah penting dalam perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan pengakuan dan kedaulatan atas tanah air mereka, yang telah mengalami konflik dan kekerasan sejak abad ke-20.

Ramai yang menyertai dalam memperingati tarikh penting ini dan memakai pakaian hijau sebagai simbol perpaduan dan sokongan sekali gus menyokong autonomi P4lestin dan menekankan kepentingan pengiktirafan seluruh dunia.

Baca juga: Emoji  tembikai banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

Baca juga: Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

Baca juga: Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama

[caption id="attachment_129231" width="800"] 'My heart, my doa, my thoughts and my prayers are always with you, P4lestine ?♥️' - Uyaina[/caption]

Baca juga: 'Ibu akan beri kamu biskut sayang.' Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati Waring maya

[caption id="attachment_129230" width="800"] Diana Amir dan influencer Dena Bahrin tidak lupa berkongsi OOTD hijau sempena 15 November[/caption]

Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah

[caption id="attachment_129232" width="800"] Bella Astillah, Didie Astillah dan Nadia Annuar berkongsi foto dengan hashtag #weargreenforpalestine[/caption]

Baca juga: 'Mereka rampas rumah kami.' Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

[caption id="attachment_129226" width="800"] Elfira, Tiktoker Auntie Purple dan Fatin Mazlan memuat naik gambar memakai busana hijau tanda solidariti buat P4lestin[/caption]

Baca juga: RM135,000, 7 minit terakhir, Hamba ALLAH pembida jam Rolex Dr Zulkifli sebak. 'Derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, demi Palestin'

[caption id="attachment_129233" width="800"] MUABellaz dan Muna Bella bangga menunjukkan tanda solidariti buat P4lestin[/caption]

[caption id="attachment_129228" width="800"] Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan jurulatih usahawan, Najib Asaddok juga tidak ketinggalan[/caption]

Sama-sama kita doakan keselamatan rakyat P4lestin di Gaza yang menerima serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.

Lebih memilukan, media antarabangsa melaporkan seramai 11,320 telah terkorban dengan 4,650 daripadanya ialah kanak-kanak dalam serangan berterusan rejim zionis di Gaza.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!