PENYANYI dan bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad pergi buat selama-lamanya pada usia 43 tahun.
Suami kepada Ina Naim itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Berita pemergian Suhaimi dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook.
Kembali ke rahmatullah dengan tenang, Allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan mudah malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkan mengucap dua kalimah syahadah.
Menurut Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim, suaminya itu sangat mudah dan tenang di sisinya dan anak-anak.
Suhaimi terlebih dahulu dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sebelum dimasukkan ke HSI.
Pelantun lagu Selamat Tinggal Dunia itu ditidurkan atas permintaannya sendiri.
"Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan juga turun sehingga 20 kilogram.
"Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit," katanya.
Baca juga: Suhaimi Saad kritikal disahkan pneumonia, Ina Naim yakin suami akan sembuh
Dalam pada itu, Ina sempat memohon maaf bagi pihak suaminya.
Jenazah Suhaimi di bawa ke Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi dan akan dikebumikan pada hari ini.
Ketenangan Ina dalam menjawab soalan pemberita di Bilik Mayat HSI menyentuh hati warganet.
Baca juga: Batuk kronik 4 bulan, cirit birit & berat turun mendadak, Suhaimi Saad ditidurkan. Sempat mohon maaf
Baca juga: Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga
Selain mengucapkan takziah dan menitipkan doa buat Allahyarham, netizen memuji Ina sebagai isteri yang baik.
-"Hebat ketenangan isterinya. Innalillahi wainna illai hirojiun."
-"Innalillahi wainna ilai hirojiun. Tenangnya Ina dan mudahnya pemergian Suhaimi, kita pun belum tentu mati boleh mengucap lagi."
-"Tenangnya Ina, ALLAH berinya kekuatan. Moga dipermudahkan semua urusan."
-"Ina isteri yang baik dan taat."
-"Tenangnya Ina, saya pula yang sebak tengok Ina."
Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Instagram Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!