SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin daripada korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.”

Itu antara perkongsian yang dibuat bekas anggota nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad pada 5 November lalu menerusi akaun TikTok miliknya.

Setakat Isnin, suami kepada Ina Naim itu dilaporkan sudah ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor kerana mengalami kegagalan organ dalaman.

Baca juga: Ina Naim jual kosmetik, pakaian di laman sosial tambah pendapatan keluarga

Difahamkan, Suhaimi mengalami masalah batuk kronik sejak empat bulan lalu dan cirit-birit sejak tiga bulan lalu serta berat badannya turun mendadak.

Disebabkan keadaannya semakin membimbangkan, bapa mentuanya telah membawa Suhaimi ke Johor untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu Wahyu Abudin turut meminta orang ramai mendoakan sepupunya itu kembali pulih.

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

“Mohon sahabat-sahabat di Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Bin Saad yang ditidurkan di ICU Hospital Johor.

“Semoga antara doa kalian ada yang diangkat doanya… Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” kongsinya menerusi Facebook.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen Ina Naim setakat ini masih belum berhasil.

Iklan

Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Baca juga: Tibi punca utama pendarahan paru-paru dalam kalangan pesakit di Malaysia. Ada faktor lain yang perlu diwaspadai

Sumber: Sinar Harian (Wartawan: Aqmar Mustaza)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!