Suhaimi Saad kritikal disahkan pneumonia, Ina Naim yakin suami akan sembuh

A
A
A

PENYANYISuhaimi Saad baru-baru ini dikejarkan ke Unit Rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Johor selepas mengalami kegagalan organ dalaman. Suami kepada Ina Naim itu ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan.

Bekas anggota nasyid kumpulan In-Team itu semalam dilaporkan kritikal selepas mengalami jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.

Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim memaklumkan Suhaimi bebas daripada penyakit tuberculosis atau ringkasnya tibi.

“Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru dan bebas tuberculosis (tibi) selepas melakukan hasil ujian pertama.

“Namun, untuk mengesahkan lagi hal itu, doktor akan lakukan ujian kedua dan kami menunggu keputusannya,” katanya.

Baca juga: Batuk kronik 4 bulan, cirit birit & berat turun mendadak, Suhaimi Saad ditidurkan. Sempat mohon maaf

Ibu kepada empat cahaya mata itu yakin Suhaimi akan kembali sembuh dan meminta agar orang ramai terus menitipkan doa.

“Saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,” ujarnya.

Ina turut berkongsi kronologi kemerosotan kesihatan suaminya. Ujar Ina, Suhaimi mula mengalami penurunan berat badan mendadak iaitu sekitar 20 kilogram (kg) kira-kira sebulan yang lalu.

Baca juga: Radang paru-paru akan lebih teruk jika pesakit dijangkiti Covid-19. Rawatan juga makin sukar

“Baru-baru ini Suhaimi mengalami batuk tetapi lama-kelamaan semakin teruk sehingga menyebabkan sesak nafas.

“Selepas batuk semakin pulih, dia cirit-birit pula sehingga tak sanggup nak makan dan sebab itulah berat badannya tinggal 43kg.

“Kami sudah melakukan ikhtiar sehingga dia sendiri minta dihantar ke hospital yang dianggap sebagai usaha terakhir,” kata pelantun lagu Duhai Hati itu.

Suhaimi, 43, merupakan bekas anggota kumpulan nasyid InTeam sejak tahun 2000 mengundurkan diri selepas lima tahun bermula pada 2005.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Pasangan itu berhijrah ke Kelantan dan menetap di Kota Bharu sejak tahun 2017.

Baca juga: 10 penyakit paling bahaya di dunia. Rata-ratanya dihidapi rakyat Malaysia

Baca juga: Berita baik! Vaksin pneumokokal percuma untuk kanak-kanak 4 & 5 tahun, 5 info ibu bapa perlu tahu

Sumber: Kosmo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca