'Mommy, daddy dan adik akan selalu datang melawat abang'. Akui tak kuat hadapi kehilangan, titipan ibu Zayn Rayyan meruntun hati

Iklan
portal image (2)

'MOMMY, daddy dan adik akan selalu datang melawat abang'.

Demikian perkongsian ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme yang dibunuh kejam meruntun hati.

Iklan
Iklan

Berkongsi foto pusara si kecil itu Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Ismanira menitipkan perasaan rindu dan bangganya kepada anakanda tersayang.

"Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga pernah lahirkan abang, penghuni syurga ALLAH."

Iklan

Lapan hari selepas pemergian, Ismanira Abdul Manaf, 28, mengakui dirinya tidak kuat menghadapi kehilangan.

Baca juga: ‘Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak’. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

Iklan

Baca juga: ‘Zayn Rayyan anak kandung kami, saya tak pernah kahwin lain.’ Ibu minta hentikan sebar perkara tidak betul

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

"Mommy kadang-kadang tak kuat, sedih yang teramat tapi Mommy tak boleh terlalu ikutkan perasaan.

"Sebab Mommy juga kena beri perhatian kepada adik. Adiklah penguat semangat Mommy sekarang. Membesar dengan baik ya nak, insya-ALLAH," titipnya dalam hantaran di Facebook Story.

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Baca juga: ‘Dia tak pernah kacau orang’. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga:  Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Allahyarham .

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya mempunyai kaunselor sekiranya khidmat itu diperlukan oleh keluarga Zayn Rayyan.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan apartmen.

Kehilangannya selama 32 jam berakhir pilu. Anak istimewa itu kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediaman.

Polis mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat dibunuh susulan pergelutan dengan pembunuhnya. Hasil siasatan forensik juga mendapati Zayn telah meninggal dunia di tempat lain 48 jam sebelum ditemui di lokasi tersebut.

SinarPlus mendoakan agar pembunuh anak syurga ini segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!