FUNGSI hud dapur atau corong asap tidak boleh dipandang remeh. Dapur yang cantik dengan pilihan reka bentuk kabinet moden tidak memberi makna jika setiap kali memasak, asap memenuhi ruang dapur anda. Ini membuatkan anda rasa kurang selesa.
Ditambah lagi jika ada tetamu yang datang berkunjung, pasti anda rasa segan, kan. Justeru, nak mudahkan cara hapuskan bau masakan adalah dengan menggunakan cooker hood atau penyedut asap dapur.
Boleh dikatakan kebanyakan rumah sekarang memiliki alat yang satu ini.
Namun, bagi yang kurang arif tentang gajet dapur yang satu ini, pasti akan pening untuk memilih mana satu jenis penyedut asap dapur terbaik untuk dapur anda?
Jom SinarPlus kongsikan beberapa tip memilih hud dapur mana sesuai untuk kediaman anda.
1. Kemampuan/ kuasa hud
- Keberkesanan untuk menyedut, mengalih keluar udara yang bercampur dengan minyak, asap dan bau ketika memasak.
2. Saiz hud yang sesuai dengan ruang dapur anda. Dapur yang mempunyai keluasan terhad memerlukan hud yang lebih kecil bagi menggelakkannya kelihatan sempit dan sesak. Selain itu, pastikan bahan binaannya tidak berat dan mudah dialihkan.
3. Pastikan anda selalu mencuci hud yang digunakan untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan tahan lama.
Jika bercadang menggunakan hud untuk tempoh lama, sebaiknya service setiap dua tahun.
Baca lagi 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
Justeru, sebelum memilih atau membeli hud untuk dapur anda, buat perincian terlebih dahulu mana yang sesuai mengikut tips di atas. Jangan membeli mengikut cita rasa atau minat anda kerana ia mungkin tidak sesuai untuk ruang dapur.
Setelah anda fahamkan panduan memili hud, hadamkan hud dapur terbaik terkini yang dikeluarkan oleh Elba Malaysia.
Dengan reka bentuk moden dan mengoptimumkan ruang, sudah pasti penyedut asap keluaran Elba ini sesuai untuk dapur anda. Selain itu, produk terbaharu itu juga membantu anda mengoptimumkan ruang.
Istimewanya, ia terkandung dalam koleksi Mastro yang menjadi rangkaian produk memasak utama yang merangkumi penyedut asap dan dapur gas terbina dalaman, ketuhar terbina dalaman, laci penghangat dan dapur masakan profesional.
REKAAN PINTAR
Memetik ucapan Pengarah Urusan ELBA, Tok S.M, Mastro bukan hanya set perkakasan, sebaliknya ia mengetengahkan gabungan rekaan pintar. Malah, ia turut dilengkapi fungsi canggih untuk menjadikan proses memasak lebih mudah.
"Pengenalan Koleksi Mastro bukan sekadar mengenai masakan, malah merangkumi proses menyeronokkan dalam menaik taraf dapur yang ringkas, bergaya dan pintar.
"Salah satu ciri yang menonjol daripada Koleksi Penyedut Asap Mastro ialah penggabungan paparan LCD TFT. Reka bentuk yang elegan ini, ditambah dengan kawalan gelongsor dan pemasa pintar untuk mengawal sentuhan sensor, menjadikan fungsi tambahan visual yang menarik bagi mana-mana dapur," ujarnya lagi.
Bukan sekadar penampilan, Designer Hood itu turut direka bentuk untuk memudahkan pengalaman memasak.
Sumber gambar: Facebook ELBA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang