MEMILIKI mesin basuh yang dilengkapi pengering pakaian atau dryer bukan perkara baharu dalam masyarakat sekarang.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di apartment atau kediaman yang mempunyai tempat jemuran terhad.

Walaupun harganya mungkin sedikit mahal berbanding mesin basuh, namun ia memudahkan kerja cucian pakaian selain menjimatkan masa.

Malah, dapat jimatkan masa kerana tidak perlu sidai pakaian yang dicuci.

Baca ni Inspirasi dekor dapur sempit untuk rumah sewa tanpa kabinet. Tak mewah namun cantik, kemas & praktikal

LG Objet WashTower™

Dengan hanya beberapa jam sahaja, pakaian anda sudah kering. Apatah lagi tiba musim tengkujuh atau asyik hujan sahaja, justeru dryer sangat diperlukan .

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Abdul Muiez berkongsi jenis dryer yang ada di pasaran:

1. Vented
-Bagi dryer jenis ini, anda perlu tempatkan ia di luar untuk memudahkan aliran wap air. Jika mahu letak di dalam rumah, anda harus sediakan satu saluran untuk memudahkan air mengalir keluar.

 

2. Condenser
-Jenis ini tidak perlu letak di luar rumah. Wap yang terhasil akan bertukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang tersedia pada mesin berkenaan.
-Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda perlu buang air tersebut.

3. Heat pump
– Konsepnya masih sama dengan condencer, tapi lebih power dan padu. Harganya sedikit kayangan. Kelebihan dryer jenis ini adalah dapat mengurangkan kedutan pada pakaian.

Baca lagi Inginkan dekorasi menarik, tetapi rumah sempit? Jangan bimbang 4 kaedah ini boleh membantu

dryer
Sumber gambar PEXELS

Sememangnya, penggunaan mesin basuh dan juga mesin pengering pakaian cukup membantu dalam memudahkan urusan rutin terutama buat ibu-ibu yang berkerjaya.

Pun begitu, soal jenama mana satu yang sesuai digunakan bukanlah faktor utama. Asalkan murah dan sesuai dengan bajet masing-masing, betul tak?

Ini kerana selain soal bajet dan penjimatan elektrik, ada faktor lain yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli barangan tersebut.

Lebih-lebih lagi jika kediaman rumah anda sempit. Memang menyukarkan kita untuk mendekorasi supaya nampak cantik dan tersusun kemas.

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

CUCIAN PINTAR

Menyedari hal tersebut, jenama barangan elektrik terkemuka antarabangsa, LG Electronics (LG) baru-baru ni memperkenalkan LG Objet WashTower™.

Berfungsi mencuci dan pengering pakaian pada satu rekaan badan mesin sekali gus, ia menjadi salah satu tarikan terbaharu dan berteknologi tinggi.

Menariknya, gajet terbaharu itu boleh menjadi penyelesaian cucian pintar untuk sesebuah kediaman.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Iklan
LG Objet WashTower™
LG Objet WashTower™ dengan rona nature beige dan hijau dikatakan sesuai dengan dekorasi yang berkonsepkan minimalis estetik.

Mesin cucian tersebut berkapasiti 14 kilogram (KG) dan pengeringan 10kg, selaian dilengkapi sistem kawalan panel sentuhan pelbagai fungsi yang berteknologi tinggi.

Dilengkapi dengan teknologi LG Allergy Care Cycleyang telah diluluskan BAF (British Allergy Foundation), fungsi wap yang dihasilkan itu mampu memanaskan air sehingga suhu 60 darjah celcius selain membantu mengurangkan hama habuk rumah.

Didatangkan dengan warna iaitu nature beige dan hijau, rona tersebut dikatakan sesuai dengan dekorasi yang berkonsepkan minimalis estetik.

Malah, rekaan mesin tersebut juga menjadi penyelesaian buat mereka yang memiliki keluasan ruang dalaman rumah yang terhad.

Reka bentuknya yang anggun tampak menarik dan moden, sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang simple namun menarik mata memandang.

Baca lagi Lelaki ini dedah susun atur dapur, alat elektrik tak sesuai letak dekat-dekat. Ini sebabnya ramai tak tahu!

LG Objet WashTower™

Tambahan pula, LG Objet WashTower™ ini jawapan kepada penyelesaian dobi yang mempamerkan integrasi gaya, inovasi untuk kediaman moden.

Iklan

Wow, menarik bunyinya, kan! Terasa nak beli satu gajet ini untuk memudahkan kerja.

Biasalah, kan mak-mak macam admin ni, kalau bab basuh baju okey. Cuma bab nak sidai baju dan lipat tu ‘bercinta’ sikit.

Kalau pakai dryer, angkat terus sangkut tak payah nak lipat.Jimat masa dan tenaga, betul tak?

Sumber: lg.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang