PEMPENGARUH dan usahawan Aisyah Hijanah Azhari, 25, menjadi inspirasi wanita susulan kecekalannya menerima poligami dalam rumah tangganya bersama suami, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29 atau lebih dikenali sebagai Alif Teega.
Dalam perkembangan terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu mendedahkan harta sepencarian beliau dan Alif telah dipindahkan sepenuhnya di bawah nama beliau.
"Biiznillah, segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuk 100 peratus share @hijanahofficial, rumah, kereta dan aset-aset lain.
"Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights and your efforts.
"Catat semua aset bersama dan buat satu agreement khas. Kalau mampu upah peguam, silakan. Pada awal mungkin akan blur, tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early," titip Aisyah.
Mengakui mustahaknya sikap tenang dan tidak terburu-buru, Aisyah menafikan beliau ingin membolot kekayaan sebaliknya langkah itu dilakukan untuk masa depan dan anak-anak.
"You have to control your emotion and stay calm. If not, everything will ruin," kongsinya.
Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya
Baca juga: Influencer Aisyah Hijanah ucap syukur berjaya miliki kereta Porsche, harga hampir RM1 juta
Baca juga: 15 info tuntutan mutaah & harta sepencarian wanita bercerai berhak dapat daripada bekas suami
Graduan psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia itu berharap perkongsiannya menjadi panduan buat wanita lain yang dimadukan oleh suami.
"Jangan buat keputusan ketika marah ataupun sedih sebab itu akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi SAW pun ada pesan, orang paling kuat dalam kalangan kita adalah yang mampu menahan marahnya.
"Bagi wanita dalam poligami, Aisyah harap posting kali ini membantu anda semua. Poligami bukanlah perkara yang haram tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima.
Nama Aisyah Hijanah menjadi sebutan warga maya selepas dimadukan oleh suami ketika hamil lima bulan.
Lebih mengagumkan, pemilik jenama Hijanah itu menganggap suami pinjaman ALLAH dan ujian terhadap doanya yang memohon dikurniakan syurga tanpa hisab.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kadeejah Hijanah, 3, dan Muhammad Hassan Syarif, setahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!