'Hanya ingat mati.' Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang bertaruh nyawa lawan arus deras, berikut kronologi kejadian

Iklan
'Saya hanya ingat mati.' Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang bertaruh nyawa lawan arus deras, berikut kronologi kejadian (1)

TULAR di laman sosial kejadian yang menimpa dua wanita yang dihanyutkan arus deras selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi, Johor.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita berkenaan Zaleha Mokhtaini, 37, yang memandu kereta milik ibunya bersama rakannya, Rosnani, berusia 40-an menceritakan kronologi kejadian:

Iklan
Iklan

1-Beliau berkata kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika beliau dan Rosnani dalam perjalanan dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili ke Bandar Kota Tinggi untuk membeli barang dapur.

2-Mereka merancang untuk singgah di stesen minyak berhampiran Bukit Samsu di Kota Tinggi di sini untuk mengisi minyak.

Iklan

3-Namun ketika menghampiri stesen minyak itu, kereta yang dinaiki terbabas. Zaleha tidak sempat menekan brek dan kenderaan berkenaan masuk ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras.

Iklan

4-Ujarnya, Kejadian berlaku sekelip mata apabila kereta saya terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

7-Zaleha berjaya keluar dari kereta dan sempat berpaut pada paip besi.

Baca juga: Tindakan pantas & berani terjun longkang selamatkan wanita dibawa arus deras, lelaki ini dipuji hero

8-Manakala Rosnani pula diselamatkan oleh seorang kontraktor, bernama Choo Ngiam Choong yang nekad terjun menyelamatkan wanita berkenaan yang terperangkap dalam arus deras.

9-Menitipkan kesyukuran, Zaleha berkata jika Choo tidak muncul, mungkin beliau dan rakan sudah tiada lagi.

10-Mereka berdua mengalami lebam di badan dan trauma setiap kali mengenang kejadian berkenaan.

11-Susulan kejadian, beliau mengalami kerugian lebih RM3,000 termasuk kehilangan wang tunai, barang kemas, telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran anak.

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Baca juga:Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Baca juga: Akibat degil, motosikal hanyut ketika redah air deras, ini langkah penting yang perlu dibuat ketika banjir

Difahamkan, ibu tunggal empat cahaya mata itu gagal menemui kereta ibunya dan tidak pasti lokasi ia dihanyutkan. Bagaimanapun, beliau reda dan bersyukur kerana terselamat.

Zaleha  dan rakan sempat mengucapkan terima kasih kepada Choo selain turut melakukan panggilan video bagi berkongsi keadaan kami berdua selepas kejadian.

Terdahulu, SinarPlus melaporkan tindakan berani Choo yang disifatkan orang ramai sebagai hero.

Dalam tempoh tidak sampai lima saat, lelaki berusia lingkungan 50-an terjun menyelamatkan Rosnani yang berpaut pada bahagian belakang kereta.

Tindakan nekad Choo yang tular meraih pujian daripada warga maya sekali gus menjadi inspirasi ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!