TULAR video yang memaparkan situasi cemas dilalui dua wanita apabila kereta yang dinaiki terbabas ke longkang sebelum dihanyutkan arus deras.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, wanita berkenaan dilihat berpaut pada bahagian belakang kereta Perodua Myvi berwarna kelabu sambil meminta tolong.

Menyedari situasi tersebut, seorang lelaki bertindak pantas dan berani apabila terjun ke longkang untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan kejadian itu melibatkan dua wanita berusia 37 dan 43 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Johor-Mersing itu, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan jatuh ke dalam longkang besar.

Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial menjadi perhatian orang ramai.

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Baca juga:Pantas sambar sampan selamat kanak-kanak hampir lemas, 10 info Muhammad Zulfikal

Disifatkan sebagai hero, kontraktor bernama Choo Ngiam Choong yang berusia lingkungan 50-an mengaku tidak teragak-agak membantu biarpun ia berisiko.

“Saya tidak berfikir panjang untuk terjun menyelamatkan wanita itu ketika ternampak mereka dihanyutkan air (arus) deras. Seorang wanita (rakan mangsa) sempat menyelamatkan diri.

“Manakala mangsa pula hanyut dan boleh lemas. Saya terus terjun ke dalam longkang mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam di situ juga membantu.

“Saya gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini,” ujar Choo memetik laporan portal berita tempatan.

Choo Ngiam Choong

Lelaki yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu dalam perjalanan menuju ke Mawai. Beliau bersyukur tindakannya itu berjaya menyelamatkan nyawa mangsa dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

Rata-rata mereka memuji tindakan pantas lelaki yang bertindak pantas menyelamatkan mangsa.

– “Ya ALLAH, baiknya abang tu, gadaikan nyawanya untuk selamatkan mangsa. Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan.”

– “Wah brader tu main terjun macam itu jer, such a hero bro.”

– “Semoga baik-baik sahaja. Terima kasih kepada penyelamat yang tepat masa dan berani mengambil risiko. ALLAH jua yang memberikan seluruh kebaikan.

– “Tak fikir panjang, terus tolong. Terima kasih orang baik.”

– “Alhamdulillah, terima kasih abang yang sanggup terjun. Mangsa berpaut pada kereta sebab takut tenggelam, bukan sayang kereta. Alhamdulillah selamat.”

– “Berani dan prihatin, syukur selamat.”

Difahamkan kedua-dua mangsa selamat. Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

Jangan redah banjir & air deras, tujuh perkara penting elak kereta hanyut dibawa arus

 Jangan terlalu yakin memandu redah banjir, anda mungkin rugi ribuan ringgit

Fenomena banjir boleh berlaku sekelip mata terutamanya apabila hujan turun dengan lebat.

Membayangkan diri berada di dalam kenderaan dan jalan di hadapan mula dinaiki air, ia tentunya mencetuskan panik.

Iklan

Pun begitu, anda dinasihatkan agar tidak bertindak terburu-buru. Berikut adalah langkah yang yang perlu dilakukan bila berhadapan situasi sedemikian:

1.Dalam pada membuat keputusan, penting untuk anda melihat tahap kederasan dan kedalaman air banjir tersebut.

2. Sekiranya air terlalu deras dan tingginya menjangkau paras separuh tayar kenderaan , anda dinasihatkan untuk tidak meredah kerana ia boleh menyebabkan kereta dihanyutkan arus.

3. Jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35 meter.

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Baca juga: Akibat degil, motosikal hanyut ketika redah air deras, ini langkah penting yang perlu dibuat ketika banjir

Kredit foto: Pexels

 

4.Jika paras air mencecah kedalaman 0.76 meter, semua kenderaan tidak dibenarkan meredah atas faktor keselamatan.

Iklan

5. Tahukah anda, air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bahagian bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!

6. Malah paras air sekaki (lebih kurang 30 sentimeter) mampu menyebabkan kereta terapung dan berisiko tinggi hanyut!

7. Fakta penting! Sebanyak 32 peratus kematian akibat banjir adalah kerana mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

Justeru bagi pengguna jalan raya, jika air terlalu deras, tunggu sahaja. Tindakan tersebut lebih selamat daripada kerugian harta benda atau lebih berharga ialah nyawa.

Sumber: Laman sosial X

Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!