'All the best daddy' Lebih 20 tahun mengacara Ally Iskandar kembali jadi cikgu, titipan Farah Lee jadi tumpuan

Iklan
'All the best daddy' Lebih 20 tahun mengacara Ally Iskandar kembali jadi cikgu, titipan Farah Lee jadi tumpuan

HUBUNGAN baik antara pengacara Ally Iskandar dan bekas isteri, Farah Lee sentiasa menjadi perhatian ramai.

Biarpun sudah berpisah tujuh tahun lalu, mereka masih terus berbaik demi anak tunggal mereka, Maream Esabel, 9.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran terbaru di Instagram, Ally memuat naik foto yang memaparkan kenyataan beliau kembali menjadi guru.

Iklan

Pada hantaran bertarikh 11 Januari lalu, Farah Lee meninggalkan komen yang memberikan sokongan padu buat Ally.

Iklan

Baca juga: ‘Done kahwin lagi sekali.’ Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Baca juga: ‘Kenapa perlu lelaki kalau boleh hidup sendiri?’ Moto hidup Farah Lee 5 tahun lalu sebelum hati dicuri Fuad Hashim

Baca juga: ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Tidak hanya itu, warganet turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat ayah kepada dua cahaya mata itu selepas tidak lagi mengendalikan Malaysia Hari ini.

Menerusi ruangan komen, warganet termasuk bekas murid Ally muncul memberikan kata-kata penghargaan dan semangat.

-"Cikgu Ally, cikgu English saya masa kat KYPM Gambang, Kuantan dulu. Terima kasih Cikgu."

-"Saya anak murid cikgu @allyiskandarrasmi tahun 1999, KYPM Kuantan. Ingat lagi cikgu masuk kelas bawak kotak besar tetapi dalam tu hanya ada pemadam whiteboard sahaja."

-"Tahniah Cikgu Ally. Saya anak murid cikgu tahun 1999 . Sekarang, saya pun sudah 14 tahun bergelar guru. Semoga berjaya Cikgu Ally."

-"Pernah belajar english dengan Cikgu Ally tahun 2001, terima kasih cikgu."

Baca juga: Kongsi mainan bentuk angsa hiasan honeymoon, warga maya ‘usik’ Ally Iskandar wish selamat pengantin baru untuk Farah Lee

Baca juga: ‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ Dedah cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian

Untuk rekod, Ally pernah menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Tunku, Petaling Jaya dan kemudian bergelar pensyarah di Kolej Yayasan Pelajaran Mara sebelum meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran.

Graduan Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of the Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat itu kini bertugas sebagai pengamal media dan pengurus di OMNiA Academy, Media Prima Berhad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!