"JIKA bayi itu perempuan, berikan namanya Azizah, jika lelaki berikan namanya Abdullah."
Itu pesanan ringkas Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada pasangan suami isteri, Hasri Omar dan Nur Fatin Syakila Baddu, sewaktu Hasri mendapatkan tandatangan pasangan diraja itu ketika Kembara Kenali Borneo pada September 2023.
"Sempena penamatan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa esok (30 Januari 2024) setelah genap lima tahun, patik dan keluarga kecil patik Menjunjung Kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi nama 'AZIZAH' untuk puteri sulung kami semasa KEMBARA KENALI BORNEO pada September 2023.
"Semoga YDPA dan RPA serta keluarga senantiasa diberikan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta berpanjangan dan kemakmuran,” menurut kakitangan kerajaan itu di laman Facebooknya.
Mengimbas kembali video berdurasi 30 saat itu, kelihatan Hasri dengan penuh perasaan teruja cuba mendapatkan tandatangan pasangan diraja tersebut, sambil memberitahu isterinya sedang mengandung.
Warga maya teruja dengan perkongsian tersebut memuji bertuahnya si kecil menerima penghormatan diberikan nama sempena permaisuri pemimpin tertinggi negara.
-"Tahniah ibu ayah, indah namanya, insya-ALLAH indah juga akhlaknya."
-"Nama anak saya pun Azizah, kerana lahir pada hari pertabalan baginda 30 Julai 2019."
-"Besar nanti boleh flex, dulu Raja Permaisuri Agong yang beri nama."
-"Untungnya pasangan ini, YDPA yang namakan anak."
Azizah nama yang cukup indah yang membawa makna sayang, berharga, kekuatan, dihormati dan mulia.
Sumber: Astro Awani
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!