[20 FOTO] Lambaian Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri berangkat balik, Tunku Azizah menitis air mata, sempat beri isyarat tangan 'I love you’

A
A
A

TANGGAL 30 Januari 2024, genap lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong dimulai dengan laungan azan yang syahdu bergema di Istana Negara pada awal pagi mengiringi Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali bersemayam di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong segak memakai sepersalinan muskat dan tengkolok diraja manakala Raja Permaisuri Agong anggun dengan busana biru firus berkenan bergambar bersama anakanda-anakanda sebelum berangkat pulang.

Ketika berangkat meninggalkan Istana Negara, Seri Paduka melintasi pasukan Kawalan Kehormat Darjat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja Kem Wardieburn, Setapak, di Dataran Istana Negara.

Baca juga: Romantisnya! 38 tahun cinta Alam & Ji, dari padang polo ke pelamin. Pengorbanan Tunku Azizah, 17 kali IVF & 6 gugur undang sebak

Baca juga: ‘Goodbye Kuala Lumpur, jauh di mata, dekat di hati.’ Hantaran TikTok Raja Permaisuri Agong undang sebak & sayu

Baca juga: Video perkahwinan diraja tular, Raja Permaisuri Agong doa Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan puteri

Baca juga: ‘Tuanku sentiasa di hati rakyat.’ Momen terakhir Agong bersama ATM buat Raja Permaisuri menitiskan air mata, rakyat jelata sebak

Dalam perjalanan pulang, Seri Paduka berdua berkenan melambai ke arah rakyat yang sejak dari awal pagi berkumpul menyaksikan keberangkatan baginda berdua meninggalkan Istana Negara.

 

Orang ramai dilaporkan mula berkumpul seawal 6.30 pagi di bahu laluan Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.

Baca juga: Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

Baca juga: ‘Contoh terbaik pemimpin Islam.’ Anniversary ke-37, Agong, Permaisuri sambut dengan doa selamat, bacaan Yasin

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Tiba di Dataran Parlimen pada 8.35 pagi, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan.’ Ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Baca juga: Tamat latihan, Tengku Ahmad Ismail ditauliah Royal Military Academy Sandhurst, Agong, Permaisuri jadi tumpuan

Al-Sultan Abdullah berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit rare Sindrom Werewolf

Baca  juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Rakyat di sepanjang bahu jalan di Jalan Parlimen melambai tangan, dan laungan “Daulat Tuanku’ mengiringi keberangkatan Agong, Raja Permaisuri menuju ke Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca juga:“Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera”- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi

Baca juga: Raja Permaisuri Agong bersuara desak gencatan senjata di Gaza curi perhatian, ramai zahir syukur

Baca juga: Wanita ini kongsi petua masakan Permaisuri Agong jika mahu resipi asam pedas daging tetel jadi lebih sedap

 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melambai ketika berangkat meninggalkan Dataran Parlimen pada pukul 9.16 pagi menuju ke Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat menunjukkan isyarat tangan 'I love you’ kepada rakyat jelata.

Berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri dan kemudian berkenan bergambar dengan dua ekor gajah yang mengepalai perarakan diraja.

Baca juga: Sempoi ngeteh santap cendol, Yang di-Pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai

Baca juga: ‘Tak sangka seluruh negara hargai khidmat kecil saya’. Akak guard hospital tersenarai penerima darjah kebesaran YDP Agong

Dalam masa yang sama pesawat khas diterbangkan oleh Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil siap sedia di KLIA.

Baca juga: ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Laungan "Daulat Tuanku" dipersembahkan kepada Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika berangkat masuk ke pesawat. Pesawat berkenaan berlepas ke Kuantan pukul 11.16 pagi  diiringi dua pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM.

Istiadat ini mengundang perasaan sedih dan hiba rakyat jelata yang menyatakan rasa sayang kepada Seri Paduka baginda berdua.

Mengakui Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah raja di hati rakyat, rata-rata mengenang pemerintahan lima tahun baginda.

- "Menjunjung kasih. Tuanku dan permaisuri adalah pasangaan yang paling akrab dengan rakyat. Lemah lembut dan mesra dan mudah didampingi. Moga sentiasa beroleh keberkatan, kesihatan dan rahmat ALLAH."

- "Tiap yang mula pasti akan berakhir. Terima kasih Tuanku, Daulat Tuanku."

- "Daulat Tuanku. Terima kasih Tuanku..selamat berangkat pulang ke Pahang..Rakyat semua akan sentiasa rindu tuanku berdua. Semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama Tuanku berdua di manapun Tuanku berada, aamiin."

- "Daulat Tuanku. The best YDPA and RPA so far. Sangat dekat ddi hati rakyat. Will miss both of you."

 

 

Baca juga: ‘Saya kena tipu’, Agong tepuk dahi terhibur dengan lelaki pakai topi rambut palsu undang tawa ramai

Baca juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Berjiwa rakyat, itulah istilah tepat yang ditujukan buat Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah yang tidak kekok mencemar duli muncul di khalayak bersama-sama rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Untuk rekod, Al-Sultan Abdullah telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Baginda sebelum ini menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dipilih menjadi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca