BUKAN sehari tetapi lapan bulan lamanya seekor burung merpati ditahan pihak polis dan disumbat ke dalam jel!
Siapa sangka, haiwan tersebut dianggap sebagai perisik oleh pihak berkuasa India selepas ditemui di sebuah pelabuhan di Mumbai.
Lapor AP News, pihak polis pada mulanya curiga dengan kelibat burung tersebut yang berlegar sendirian di kawasan dermaga.
Lagi menambahkan syak, mereka melihat terdapat dua cincin diikat pada kaki merpati dengan tulisan yang kelihatan seperti bahasa Cina.
Pelik dengan situasi tersebut, pihak berkenaan mengesyaki ia terlibat dalam operasi pengintipan dari negara luar.
Nak dijadikan cerita, merpati itu kemudian ditangkap dan dibawa ke Hospital Haiwan Bai Sakarbai Dinshaw Petit untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil siasatan mendapati, spesies burung daripada keluarga Columbidae berkenaan rupa-rupanya ‘peserta’ perlumbaan merpati terbuka dari Taiwan.
Unggas tersebut dikatakan terlepas daripada laluan pertandingan dan memasuki perairan Mumbai.
Selepas berpuas hati dengan kertas siasatan, akhirnya merpati terlepas daripada pertuduhan dan kemudian dibebaskan ke hutan.
Pengintip
Kalau diikutkan rekod yang dikongsikan portal tersebut, bukan sekali kes haiwan seperti merpati ditahan pihak polis kerana dianggap sebagai perisik.
Pada tahun 2020, seekor merpati milik nelayan Pakistan didakwa sebagai spy oleh pihak berkuasa Kashmir.
Ini kerana unggas tersebut dilihat merentasi kawasan sempadan ketenteraan negara yang memiliki senjata nuklear.
Baca juga Maut ditanduk, kambing kena penjara, pelik tapi benar
Pun demikian, ia dilepaskan selepas siasatan dibuat mendapati tiada kaitan dengan mana-mana agensi perisikan.
Satu lagi insiden sama berlaku pada tahun 2016.
Seekor merpati ditangkap selepas menemui nota mengancam Perdana Menteri India pada waktu itu, Narendra Modi.
Baca juga Pemilik pitbull serang wanita hingga parah kena denda hanya RM2,000, ini komen Animal Malaysia
Kalau diikutkan sejarah, memang sejak dari dulu lagi burung jenis itu dilatih sebagai pengantara atau utusan penting negara.
Selain terkenal dengan sifat jinak, ia juga bijak mengingati laluan untuk ke satu-satu destinasi.
Mungkin sebab itu, merpati dibiakkan menjadi penghantar berita dengan nota diselitkan pada kaki pada zaman dulu-dulu.
Tak mustahil sebenarnya merpati jadi ejen penyamaran sebab boleh bawa nota rahsia ke kem askar tanpa dihidu teknologi canggih pihak lawan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang