Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...’ Puteri Sarah saman wanita beri kenyataan berbaur fitnah, tuntut ganti rugi RM1 juta

Iklan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...’ Puteri Sarah saman wanita beri kenyataan berbaur fitnah, tuntut ganti rugi RM1 juta (1)

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Demikian titip pelakon Puteri Sarah Liyana yang berkongsi notis tuntutan terhadap seorang wanita.

Menerusi dokumen yang difailkan, pelakon berusia 38 tahun itu mengemukakan tuntutan berkenaan susulan dakwaan kenyataan berunsur fitnah dan menjatuhkan reputasi menerusi aplikasi (Stories) dan WhatsApp (Stories).

Iklan
Iklan

"Dan ia dapat dilihat dan ditonton oleh pengguna-pengguna aplikasi Instagram dan Whatsapp yang lain yang mengikut puan atau pun yang melawat akaun media sosial milik puan,” kata kenyataan itu.

Iklan

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga berkongsi pernyataan tuntutan  tehadap wanita berkenaan dipercayai menyatakan dan menyebarkan pernyataan-pernyataan dan/atau komen-komen yang mana difahami sebagai rujukan secara langsung dan/atau secara tersirat (innuendo) merujuk kepada diri pelakon itu.

Baca juga: Lepas graduasi, imamkan solat, Syaikhul Islam buat Puteri Sarah tersentuh. ‘Mommy so proud of you abang’

Iklan

Baca juga: ‘Lepaskan hal yang telah menyakiti, dalam kesabaran ada hal indah menantimu.’ – Puteri Sarah

Baca juga: Syamsul, Puteri Sarah saling mendoakan untuk kehidupan baharu masing-masing

a."Deal dengan artis yang makan dadah ni memang failed.. spin habis", membawa maksud bahawa anak guam kami mengambil dadah;

b. "Orang nak berniaga, u nak niaga. Tapi bodoh sombong. Taknak belajar", membawa maksud bahawa anak guam kami adalah seorang yang bodoh sombong dan anak guam kami malas untuk belajar;

c."Bila ada orang rompak u, seolah-olah rompak I lah. Ofkos I haling. I bagitahu u. Tapi u tak percaya. Now u tengah bela biawak tu. Dia tengah sedap merompak u. Kesian", membawa maksud bahawa anak guam kami telah memberi wang, menyara dan/membela seorang individu yang mana dipercayai dan boleh diketahui bernama"Andy";

d. "Dulu waktu jadi bisnes patner u, I sentiasa cari jalan untuk buat yang terbaik unt company kita. Jaga profit company and etc", membawa maksud bahawa Puan adalah rakan kongsi kepada anak guam kami untuk satu perniagaan; dan

e. "U sibuk ke bahagian i. Orang tepi ketiak u, u tak nak tengok. U canang sana sini I ni staff u. Bila masa I jadi staff u? Excited dengan title bos ke? Nak jadi bos, jadi bos yang ada otak Boleh fikir. Jadi bos yang bijak", membawa maksud bahawa anak guam kami adalah individu yang tidak bertanggungjawab dan suka menganiaya orang lain khususnya kepada pekerja-pekerja anak guam kami dan puan.

Baca juga: Sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah, semangat dan tenang. Pengakuan eksklusif Puteri Sarah

Baca juga: Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah cara baik, momen Puteri Sarah, Syamsul Yusof di mahkamah jadi perhatian

Dalam dokumen yang sama, defendan turut dituntut untuk menarik semula keseluruhan kenyataan yang tidak benar dan fitnah tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di samping membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan sebagai ganti rugi susulan kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan psikologi dan/atau mental dan/atau emosi Puteri Sarah.

Terdahulu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu mendakwa dianiaya rakan perniagaan yang turut mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan yang diperolehi.

Baca juga: Ini maksud menghina mahkamah, Puteri Sarah dibenar mula prosiding terhadap Ira Kazar dan keluarga

Sumber: Instagram Puteri Sarah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!