'4 tahun tak tengok anak buah.' Ali datang rumah Hidayah serah RM75,486.48, pertemuan bersama Hamzah bikin ramai sebak

Iklan
'4 tahun tak tengok anak buah.' Ali datang rumah Hidayah serah RM75,486.48, pertemuan bersama Hamzah bikin ramai sebak (2)

PELAWAK Ali Puteh berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali bagi melunaskan pembayaran wang saman berjumlah RM75,000 seperti yang dituntut mahkamah.

Menerusi satu sesi live, ahli kumpulan Puteh itu dilihat hadir bersama anggota keluarga yang lain bertemu empat mata dengan Hidayah menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka.

Iklan
Iklan

Pun begitu, pembayaran difahamkan tidak dapat dilakukan kerana Hidayah dan keluarga mahu urusan tersebut dibuat di hadapan peguam atas beberapa faktor.

Baca juga: Demi lunas hutang balu arwah Abam, Ali Puteh jual kereta, motor & trofi kemenangan, tangisan isteri undang sebak

Iklan

Baca juga: ‘Sudah cukup RM75,000.’ Ali Puteh syukur, ucap terima kasih pembeli barangan peribadi

Iklan

Dalam pertemuan berkenaan, Ali berkesempatan bertemu anak arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lima tahun.

Baca juga: ’13 tahun sudah abang meninggal, kami tetap satu keluarga.’ Hidayah kongsi percutian bersama keluarga kakak ipar dipuji warganet

Baca juga: "Inilah kereta ayah' Imbas memori, Hidayah sayu kelibat kereta Abam

Ujarnya, selepas empat tahun konflik antara mereka, itu adalah pertemuan pertama Ali dengan Hamzah. Pelawak berusia 35 tahun itu turut memperkenalkan Hamzah kepada anak-anaknya.

Terdahulu, Hidayah menang kes saman fitnah pada 18 Februari 2022. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan. Ali diperintahkan membayar ganti rugi kepada Hidayah sebanyak RM60,000.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak itu di Instagram yang menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: TikTok, Instagram Hidayah Abam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!