DEMI melunaskan hutang balu arwah Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, pelawak Ali Puteh sanggup menjual kereta, motosikal dan tujuh trofi kemenangannya.

Menerusi sebuah video Instagram tular yang dimuat naik @pojie.pidon, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menjual trofi tersebut.

Baca juga: Hilang tawaran kerja, Ali Puteh gigih sara keluarga

Baca juga: Konflik Ali Puteh, Nor Hidayah berakhir. Berikut kronologi saman-menyaman

Baca juga: “Mak jumpa abang di sana,” – Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

Baca juga: ‘Berani kerana benar’ – Ali Puteh ulas isu saman, beri hint pada netizen

“Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak).

“Insya-ALLAH ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri (isteri Ali),” titipnya.

Antara trofi yang dijual termasuk bagi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan lain-lain.

Tidak lama kemudian, pelawak kumpulan Puteh itu turut ‘melepaskan’ sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ. Dalam perkembangan terbaru, Ali menjual kereta Honda Accord berona putih miliknya.

“Honda Accord SOLD. Terima kasih hamba ALLAH dari JB, sangat mudah berurusan,” kongsi Pijoe.

 

Menerusi video yang dimuat naik, Ali kelihatan memeluk isterinya yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata.

Warga maya yang tersentuh menyaksikan video berkenaan memuji tindakan Ali Puteh dan mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan.

– “Tak mengapalah, selesaikan yang ini dulu, selepas ini mulakan hidup baru. Insya-ALLAH ada rezeki lain nanti. Lapangkan hati kerana ALLAH sebaik baiknya perancang.”

Iklan

-“Semoga ALLAH luaskan rezeki mereka selepas ini. DIA sebaik-baik perancang. Tindakan Ali memang tepat.”

-“Alhamdulillah terima kasih si pembeli. Tak mengapa Ali, ada rezeki yang lebih baik lepas.”

-“Allah sedang menguji mereka dan kita. Doa dan berkatalah yang baik-baik.”

Baca juga: ‘Selamat Hari lahir suamiku, cintaku selamanya.’ Titipan sayu Hidayah buat Allahyarham Abam undang sebak

Pejualan aset oleh pelawak berkenaan dipercayai untuk melangsaikan hutangnya dengan kakak ipar beliau, Nurhidayah Hamzah.

Iklan

Pada 2022, Ali Puteh diperintah Hakim Mahkamah Sesyen supaya membayar Siti Nor Hidayah Mohd. Ali sebanyak RM60,000 berikutan kenyataan Ali yang dianggap mengaibkan Nor Hidayah.

Sumber: TikTok dan Instagram Pijoe Pidon

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!