PELAWAK Ali Puteh menzahirkan kesyukuran selepas berjaya mengumpul sejumlah besar wang hasil jualan koleksi peribadinya.

Ali menerusi laman sosial TikTok berkongsi menitipkan penghargaan buat individu yang membeli barangan yang dijualnya dan mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.

“Alhamdulillah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.

“Moga ALLAH membalas jasa baik anda semua. Sudah cukup RM75,000,” titipnya.

Baca juga: Demi lunas hutang balu arwah Abam, Ali Puteh jual kereta, motor & trofi kemenangan, tangisan isteri undang sebak

Baca juga: Hilang tawaran kerja, Ali Puteh gigih sara keluarga

Baca juga: Konflik Ali Puteh, Nor Hidayah berakhir. Berikut kronologi saman-menyaman

Baca juga: “Mak jumpa abang di sana,” – Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

 

Gembira dan dan teruja dengan jumlah wang yang dikumpul, warga maya mendoakan agar Ali terus dimurahkan rezeki.

Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terdahulu menjual tujuh buah trofi kemenangan, antaranya Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

Baca juga: ‘Berani kerana benar’ – Ali Puteh ulas isu saman, beri hint pada netizen

Baca juga: Selamat Hari lahir suamiku, cintaku selamanya. Titipan sayu Hidayah buat Allahyarham Abam undang sebak

Iklan

Tidak hanya itu, pelawak berusia turut 34 tahun itu menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarga membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sumber: Tiktok Ali Puteh

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!