Separuh anggota hilang ditemui 90% dikatakan milik Bella, kakak pohon doa. 'Moga yang lain juga dijumpai'

Iklan
Separuh anggota hilang ditemui 90% dikatakan milik Bella (1)

PEMBUNUHAN ibu tunggal Bella atau Mira Sharmila Shamsusah, 32, memilukan hati. Pergi meninggalkan dua cahaya mata dalam keadaan tragis selepas hilang 38 hari, kronologinya masih belum terungkai.

Penemuan rangka wanita itu di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat sungguh meruntun hati apabila ia tidak lengkap.

Iklan
Iklan

Kakaknya, Norhisham Shamsusah, 36, terkejut dan sayu ketika menguruskan jenazah dan mendedahkan bahagian kaki dan tangan adiknya tiada.

Dalam perkembangan terbaru, Norhisham memaklumkan apabila separuh daripada anggota yang hilang telahpun ditemukan.

Iklan

"Alhamdulillah, separuh anggota yang hilang telah dijumpai.

"Tapi kami masih tunggu keputusan forensik. 90 peratus boleh dikatakan milik arwah Bella.

Iklan

"Mohon semua doakan untuk anggota (badan) yang lain juga djumpai," kongsinya di laman sosial Facebook.

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

Baca juga: ‘Aku akan tuntut keadilan pemergianmu…’ Ujian DNA sahkan rangka milik Bella, kakak akui ujian berat keluarga, takkan berdiam diri

Baca juga: ‘Ke mana pergi kaki dan tangan Bella, kenapa sangat kejam.’ Kakak Bella pilu pemergian sungguh tragis

Menurut portal berita tempatan, Norhisham dimaklumkan mengenai penemuan rangka itu oleh pihak polis yang memulakan operasi mencari.

Difahamkan sebahagian rangka berkenaan ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka iaiaitu di dalam rumah sewa terbengkalai.

Malah wanita itu juga menzahirkan kesyukuran kerana sebahagian rangka itu ditemui. Norhisham berharap kesemua anggota yang hilang akan dijumpai sekali gus membuatkan beliau dan keluarga tenang.

Terdahulu Allahyarham keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember untuk mencuci pakaian di kedai dobi berdekatan berdekatan rumahnya di Taman Soga, Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor.

Baca juga: Kes Bella: Kakak tak mampu tahan perasaan lihat suspek, anak dedah ibu sering dipukul teman lelaki

Baca juga: 'Sedihnya, mesti rindu.' Kakak kongsi gambar anak Bella runtun hati warganet, 2 peguam pemerhati pantau siasatan

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jiran, Mila dilihat menaiki sebuah Toyota Vios putih.

Kehilangan Bella mula disedari kakaknya, Norhisham Shamsusah, 36, yang gagal menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Pada 19 Januari, rangka manusia tidak sempurna ditemui pada jam 2 petang di sebuah rumah sewa susulan penahanan seorang suspek utama.

Lelaki yang ditahan itu dipercayai individu paling rapat dengan Bella, sekali gus membawa ke lokasi penemuan rangka berkenaan.

Sumber: Mia Icha, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!