KES pembunuhan ibu tunggal Mira Sharmila Shamsusah atau Bella meraih simpati ramai. Pergi dalam keadaan tragis selepas hilang 38 hari, luahan hati keluarga menyentuh perasaan warga maya.

Dalam perkembangan terbaru, kakak Bella, Norhisham Shamsusah, 36, menitipkan syukur selepas mendapat bantuan daripada dua peguam pemerhati.

“Alhamdulillah syukur. Saya ditemukan orang hebat dan berhati emas untuk membantu dalam kes Bella.

“Ini ada peguam pemerhati kes Bella, Aminatul Mardiah dan Hafidzah Hassan. Tujuan peguam pemerhati ini supaya siasatan kes berjalan lancar.

Baca juga: ‘Ke mana pergi kaki dan tangan Bella, kenapa sangat kejam.’ Kakak Bella pilu pemergian sungguh tragis

Baca juga: Kes Bella: Kakak tak mampu tahan perasaan lihat suspek, anak dedah ibu sering dipukul teman lelaki

“Jika ALLAH ingin menghancurkan orang-orang yang zalim, dengan mudah DIA boleh hancurkan secara senyap. Tetapi ada sebab mengapa ALLAH biarkan mereka diketengahkan, tidak lain untuk menjadi pengajaran dan sebagai ujian untuk kita semua.

“Adakah kita sekadar melihat, menegakkan keadilan bermusim atau kekal menegakkan keadilan agar kezaliman tidak lagi mempunyai ruang di bumi ini sampai bila-bila. Biar keadilan tentukan semuanya,” kongsinya.

Berusaha keras lebih sebulan dalam pencarian adik bongsunya itu selama ini, Norhisham berharap keadilan buat adiknya dapat ditegakkan.

Baca juga: ‘Aku akan tuntut keadilan pemergianmu…’ Ujian DNA sahkan rangka milik Bella, kakak akui ujian berat keluarga, takkan berdiam diri

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mila Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

“Semoga ALLAH tidak membutakan mata dan hati kita terhadap kebenaran dan kezaliman. Jika tidak dapat bantu banyak, paling tidak dapat menimbang baik dan buruk,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Norhisham turut berkongsi foto memaparkan anak sulung Allahyarham, Eusof sedang menatap gambar ibunya.

“Gambar anak Bella diambil semasa dia betul-betul tengah tenung gambar Bella. Kakak cakap: “Ummi, tengok Usop ni.”

“Dan saya hanya mampu menangis. Anak sekecil empat tahun belum faham apa-apa lagi,” luah Norhisham.

Baca juga: Ceritera Hafidzah Hassan luar mahkamah

Warga maya yang tersentuh mendoakan agar anak kecil itu kuat dan tabah.

– “Sedihnyaa tengok awak. Belum faham apa-apa tapi rindu kepada ibu terbuku dalam hati.”

Iklan

– “Sedih tengok Usop. Aunty tumpang simpati. Tidak mampu bantu dari segi lain kecuali senjata paling utama adalah doa. Insya-ALLAh keadilan berpihak untuk arwah mama Usop.”

– “Ya ALLAH menangis tengok gambar ni.”

– “Sedihnya, mesti rindu. Sekarang mungkin tak faham, nanti bila sudah bersekolah mesti tertanya tanya. Moga jadi anak soleh Usop.”

 

Terdahulu, Bella hilang selepas keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam untuk mencuci pakaian di kedai dobi berdekatan berdekatan rumahnya di Taman Soga, Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor pada 14 Disember lalu.

Iklan

Kehilangan Bella hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon kakaknya tidak dijawab.

Selepas 38 hari gagal dikesan, penemuan rangka di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat merungkai segalanya.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan rangka yang ditemui milik wanita itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!