RAMADAN yang bermula esok pastinya antara saat-saat yang dinantikan umat Islam seluruh dunia.
Penghulu segala bulan itu bukan sahaja mendidik kita lebih bersabar, berdisiplin dan menahan diri daripada melakukan perbuatan maksiat, malah mendekatkan umat kepada ILAHI.
Kehebatan berpuasa bukan setakat membersihkan kerohanian semata-mata, malah dapat merehatkan tubuh badan khususnya sistem pencernaan kita.
Amalan berpuasa juga tidak hanya tertumpu kepada komuniti Islam jer, tetapi turut diamalkan orang Mat Salleh untuk kesihatan diri.
Portal People turut berkongsikan selebriti terkemuka antarabangsa yang berjaya membuktikan manfaat berpuasa untuk badan lebih slim dan fit.
Antara banyak-banyak artis yang didedahkan dalam laporan portal tersebut, SinarPlus kongsikan lima figura dikenali ramai seperti berikut:
1. Chris Pratt
- Bintang filem The Guardians of the Galaxy yang berusia 44 tahun itu membuktikan susuk badan semakin fit selepas mengamalkan kaedah berpuasa.
- Pelan diet yang melibatkan puasa sepanjang hari dan makan pada tempoh tertentu menjadi apabila bapa seorang anak itu berjaya mencapai berat ideal.
2. Vanessa Hudgens
- Peneraju watak utama dalam filem High School Musical itu tidak ketinggalan mempraktikkan kaedah berpuasa untuk kekal aktif.
- Beliau yang sangat fanatik dengan kesihatan diri itu juga hanya makan dalam tempoh enam jam saja.
-"Dua minggu pertama memang sukar, tapi lama-kelamaan saya lebih bertenaga dan dapat menikmati makanan kegemaran tanpa sebarang masalah,” kata aktres berusia 35 tahun itu.
3. Jennifer Aniston
- Antara selebriti yang berjaya mengekalkan berat badan ideal dengan amalan berpuasa, selain meditasi dan senaman.
- Figura cantik berusia 55 tahun itu sanggup berpuasa selama 16 jam sehari dan hanya makan dalam tempoh lapan jam jer.
Baca juga Puasa 10 Muharam diampunkan dosa setahun lalu, rugi wanita tak rebut ganjaran ini
4. Gwyneth Paltrow
- Pelakon yang juga ahli perniagaan berusia 51 tahun itu berkongsi pengalaman berpuasa yang agak sukar pada minggu kedua dan ketiga.
-"Saya tidak pernah melakukan puasa 22 jam penuh pada minggu ketiga, tetapi saya berjaya mencapai 20 jam. Tidak makan selama itu adalah ujian psikologi dan saya melalui pelbagai perasaan,” kata heroin Iron Men itu.
Baca juga Bolehkah gabung puasa enam Syawal dan puasa ganti Ramadan serentak? Ini penjelasan agamawan
5. Chris Santos
- Juri masakan yang terkenal menerusi drama Chopped juga percaya kaedah puasa dapat mengekalkan penampilan yang lebih segak.
- Kerap mengamalkan puasa tiga kali seminggu dan berjaya menurunkan berat kira-kira 13.6 kilogram.
-"Saya terinspirasi untuk melakukan kaedah kawalan pemakanan tersebut yang mana memerlukan 16 jam berpuasa dalam sehari dan ia terbukti boleh berkesan,” katanya.
Memang tak dinafikan, berpuasa juga boleh membantu mengawal kadar gula dalam badan bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis atau diabetes.
Lapor hellosehat.com, amalan sedemikian boleh meningkatkan metabolisme dan pada masa sama, dapat mengatur nafsu makan.
Bukan apa, pola pemakanan juga lebih terkawal dan dalam tempoh yang singkat boleh memupuk diet yang sihat.
Selain itu, kulit kita pun bertambah cantik kerana tubuh tak terlalu bekerja keras terlalu keras dan memperbaiki fungsi organ lain seperti hati dan ginjal.
Percaya tak, berpuasa juga boleh menjaga kesihatan mental. Kalau nak cerita mengenai manfaat puasa, memang tak cukup ruang nak tulis nanti. ?
Okey, sebelum terlambat, SinarPlus ucapkan Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!