25 Ramadan sudah raya, gempar umat Islam di Gunungkidul Jogjakarta meriah sambut Aidilfitri

Iklan
25 Ramadan sudah raya, gempar umat Islam di Gunungkidul

KETIKA umat Islam seluruh dunia sedang sibuk melakukan persiapan bagi menyambut 1 Syawal, mereka di Gunungkidul, Jogjakarta, Indonesia sudahpun menyambutnya.

Lapor Kompas, ratusan jemaah Masjid Aolia, Gunungkidul berkumpul di rumah imam mereka sama-sama membaca takbir dan tahmid pada pagi 25 Ramadan 5 Mac 2024.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_141136" width="800"]  [/caption]

Gema takbir dari berkumandang menyambut hari kemenangan. Selain di rumah, beberapa masjid di sana turut mengadakan solat sunat Aidilfitri.

Iklan

Solat sunat berkenaan diimamkan oleh Imam Jemaah Masjid Aolia, K H Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau biasa dipanggil Mbah Benu.

[caption id="attachment_141140" width="800"]  [/caption]

Iklan

Kelihatan anggota keselamatan berada di pekarangan masjid bertugas menjaga para jemaah.

Ketua Pejabat Kementerian Agama Kabupaten Gunungkidul, Aban Nuroni mendapatkan penjelasan daripada imam Masjid Aolia, Mbah Ibnu dan menjelaskan sambutan awal itu berdasarkan keyakinan diri mereka.

Pun begitu, Kementerian Agama menghormati pendapat mereka mengenai fahaman permulaan dan pengakhiran Ramadan.

Kata Nuroni, situasi berkenaan sudah lama berlaku,

Nuroni menjelaskan jemaah Masjid Aolia tidak memiliki perbezaan ketara dengan masyarakat Muslim lain kecuali sistem kalendar.

Untuk rekod, Gunungkidul merupakan kawasan kecil dan penduduknya adalah minoriti namun sebahagian besar umat Islam yang lain di Yogyakarta masih berpuasa sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, masyarakat di sana juga menjadi perhatian selepas memulakan puasa dan solat tarawih seminggu lebih awal berbanding di Malaysia.

Mereka yang mula berpuasa pada 7 Mac menjadi tular di TikTok.

Sumber: CNN, Detik.com, Kompas, AntaraNews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!