Dicerai suami kerana lumpuh, wanita China ini bertemu jodoh, ibu mertua lebih baik

Iklan
Copy of Copy of gambar portal_20240426_012220_0000

HABIS madu, sepah dibuang. Hanya kerana diri sudah tidak sempurna, seorang wanita di China dicerai suaminya.

Wanita itu dikenali Doan Hua Binh dari Hubei, China, lumpuh disebabkan kecelakaan ketika membantu ibu bapanya menebang pokok.

Iklan
Iklan

Namun, kisah pilunya kini bertukar bahagia apabila mendapat jodoh termasuk ibu mertua yang lebih baik.

Hua Binh pada awalnya memiliki kehidupan yang bahagia, berkahwin dengan kawan sekolahnya dan mempunyai seorang anak lelaki.

Iklan

Tetapi di usia empat tahun, anak Hua Binh meninggal lantaran lemas di sebuah kolam.

Tak ingin diselubungi kesedihan kehilangan anak, Hua Binh dan suaminya memutuskan pindah ke wilayah Gunung Tran Kinh.

Iklan

Di sana dia memiliki tetangga yang baik hati bernama Hoang dan memiliki seorang anak lelaki.

Tidak disangka, pada tahun 2025, Hua Binh kembali hamil. Kemudian dia perlu berpindah kerana mengikut suaminya.

Hoang dan Hua Binh bagaimanapun masih sering berkomunikasi melalui media sosial.

Malang tidak berbau, saat menebang pokok, ranting tumbang ke Hua Binh. Akibatnya dia mengalami lumpuh.

Seumur hidup Hua Binh harus memakai kerusi roda dan sang suami tidak boleh menerima keadaannya.

Dia meminta cerai dan hak penjagaan anak perempuan mereka.

Susulan itu, Hoang bersimpati terhadap nasib wanita itu dan menawarkan Hua Binh untuk berkahwin dengan anaknya, Phuong.

Phuong juga mempunyai kecacatan selepas mengalami kecelakaan dan menyebabkan ia kehilangan satu jari tangan.

Meski begitu, Hoang tetap ingin menyatukan keduanya. Akhirnya Hua Binh dan Phuong bersetuju untuk bernikah pada Oktober 2021.

Kebahagiaan Hua Binh semakin bertambah apabila dia dimaklumkan hamil.