WAH! Tahniah buat usahawan muda, Aisyah Hijanah Azhari bergelar duyufurrahman pada tahun ini.
Bertolak ke Tanah Suci bagi menunaikan haji, pempengaruh berusia 26 tahun itu berkongsi penjelasan tentang tanggapan salah mengenai dirinya yang timbul termasuklah dikatakan menjadikan isu perkahwinan untuk meraih publisiti.
Menurut Aisyah, pernikahan kedua suaminya itu benar dan berkongsi bukti sijil nikah lelaki itu dan madunya.
"Pernikahan kedua yang telah pun viral tersebut bukanlah content. Mungkin orang melihat saya tenang-tenang saja dan tidak percaya bahawa apa yang berlaku adalah benar.
"Pernikahan itu adalah benar. Saya dan peguam telah pun mendapatkan perintah mahkamah atas penukaran harta sepencarian 100 peratus pada bulan Februari lalu. Harta sepencarian ini hanya boleh dibahaskan di mahkamah atas tiga sebab poligami, cerai dan meninggal.
Ujar Aisyah, suaminya enggan mendedahkan identiti isteri kedua di laman sosial kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat termasuk dirinya sendiri.
"Saya juga tidak menggunakan isu poligami tersebut untuk meraih simpati. Tiada langsung video saya menangis, perli atau berkelakuan menyedihkan sebagaimana yang didakwa oleh page berkenaan," katanya.
Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya
Baca juga: Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram
Terdahulu, sebuah portal viral di Facebook mendakwa influencer itu menggunakan isu perkahwinan suami sebagai kandungan media sosial, isu pekerja dan audit serta kutipan derma.
Bagi memberikan pencerahan kepada umum, Aisyah mengemukakan penjelasan dan bakal diselesaikan selepas beliau pulang daripada menunaikan haji kelak.